Owh masa berlalu begitu pantas, hari berganti hari dan debaran jantung berdegup umpama berlari 100 meter.
Runsing, kalut dan tak keruan pabila mengenangkan si anak yang bakal menduduki peperiksaan besar Tahun 6 UPSR yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi.
Anak yang nak ambil periksa, mama dia yang tak tidur malam memikirkan segala macam soalan yang akan keluar.
Bukan apanya ...takut si anak tak confident dan selalu careless dalam pemilihan jawapan yang sebenar.
Baru-baru ini saya bertemu dengan guru subjek matematik anak saya disekolah untuk bertanyakan progres beliau dalam subjek tersebut, menurut kata beliau (guru) progres anak saya baik cuma anak saya keliru dalam membuat kesilapan terutamanya ketika dalam peperiksaan apabila menjawab soalan OBJEKTIF tetapi bila tiba soalan SUBJEKTIF dia pantas menjawab soalan menggunakan jalan kerja. Owh!! kalut-kalut...hati ibu mana yang tak kalut dan takut.
Disebabkan nak menunjukkan diri dan tidak menstresskan emosi anak, saya diamkan aje tetapi iyelah tak tidur malam dibuatnya memikirkan kesilapan kecil yang beliau lakukan.
Banyak artikel yang saya cari untuk menenteramkan diri saya ni especially rata-rata mengatakan jangan terlalu memaksa anak-anak kita di saat-saat akhir ini.
Untuk perkongsian semua berikut adalah tips-tips yang perlu dilengkapkan untuk anak-anak kita bagi menghadapi ujian UPSR ini.
Antaranya:-
Bertenang dan dapatkan rehat yang betul
Jangan terlampau memaksa diri. Saat-saat terakhir ini merupakan waktu genting bagi semua penjawab peperiksaan. Jika adik-adik terlampau tertekan ia dikhuatiri akan memberikan kesan buruk kepada adik-adik. Adik-adik juga berpotensi untuk hilang fokus untuk belajar kerana perasaan takut yang terlampau.
Jadi apa yang perlu adik-adik lakukan ialah, bertenang dan pastikan mempunyai tidur yang cukup seminggu sebelum peperiksaan bermula hinggalah ke akhir waktu peperiksaan. Jangan sesekali memaksa diri untuk tidak tidur. Kekurangan tidur akan menyebabkan minda adik-adik penat dan tidak mampu berfungsi pada tahap terbaik. Namun, jangan pula sehingga terlebih tidur. Jika tidak faham dengan sesuatu topik, tukarlah ke topik yang lain. Adik-adik mungkin akan merasa mengantuk jika membaca topik yang tidak difahami.
Soalan ramalan UPSR
Waktu-waktu terakhir bukanlah masanya untuk adik-adik membaca kesemua topik pelajaran dari awal hingga akhir. Adik-adik tidak mungkin akan berjaya mengingati kesemua subjek yang dipelajari daripada tahun empat hingga ke tahun enam dalam masa yang sangat singkat.
Apa yang adik-adik boleh lakukan ialah mencuba menjawab soalan ramalan UPSR sebanyak yang mungkin. Perlu diingat. Bukan 100% tepat ramalan ini. Namun jika berada di dalam keadaan terdesak ia sangat membantu. Buatlah latihan-latihan sehingga adik-adik berasa yakin.
Berikan 110% fokus
Ini bukanlah waktunya untuk adik-adik menonton rancangan kegemaran adik-adik di kaca televisyen, juga bukalah waktunya untuk menghabiskan masa dengan bermain bersama rakan-rakan di rumah. Percayalah, adik-adik masih boleh lakukan semua itu sesudah habis UPSR. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan ia untuk menghafal dan memahami pelajaran. Fokus sepenuhnya amat penting untuk adik-adik berjaya mencapai matlamat cemerlang dalam UPSR.
Never give up!
Sifat mudah berputus asa adalah sifat seorang yang lemah. Tanamkan di dalam diri adik-adik untuk tidak mudah berputus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itulah adik-adik masih punyai masa untuk mengulangkaji. Selepas habis menjawab soalan, masanya untuk adik-adik berdoa dan bertawakal selepas habis berusaha. Jangan nanti habis UPSR baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji.
Insyaallah berkat usaha dan tawakal semuanya akan menjadi mudah. Doakan mereka (mode nak tenangkan hati sendiri).
Insyaallah berkat usaha dan tawakal semuanya akan menjadi mudah. Doakan mereka (mode nak tenangkan hati sendiri).
9 comments:
hati ibu mana yang akan tenang kak bila anak2 mereka menghadapi peperiksaan besar...teringat masa zaman2 nak ambil UPSR, PMR, SPM dan Semester Exam dulu... Mamalah orang yang sering risau dan tak putus2 doa...Teruskan berdoa semoga segalanya dipermudahkan yer? Farah turut doakan untuk anak akak sama...
doakan yg terbaik :)
insyAllah kak. doa ibu ni senang nak makbul, semoga anak akak berjaya, insyAllah ~
@Farah Waheda Wahid
Dah ada anak-anak ni memang segala perlakuan dan aktiviti anak menjadi suatu kerisauan di hati ibu. Insyaallah semoga dia berjaya. Thank you so much Farah :-)
@amanina nasuha
terima kasih adik :-)
@Incik apix
Insyaallah...terima kasih adik :-)
moga mendapat result yg terbaek
beznye ada ibu yg prihatin mcm ni
done isi tabung Nuffnang kat sini...selamat menabung :)
doa ibu insya allah dimakbulkan.
usaha dan tawakal..kunci kejayaan
jom mai blog saya sat..
www.freevitamin.my
perkongsian ilmu dan cerita menarik di sana
selamat berkunjung
Terim kasih banyak Yumidaku sayang. Naluri ibu selalu tak keruan bila ada sesuatu bakal dilalui oleh anak-anak. Mmg semua ibu2 begitu ke? Atau sy saja yg over? Huhuhu....
Post a Comment