Tuesday, September 10, 2013

UPSR Dah Tiba....


Assalammualaikum....

Entri pertama untuk hari ini...

Maaf kekalutan jiwa dan mood menerawang jauh melayang-layang hingga terlupa nak mengapdet blog pada hari-hari penting begini.

Pada hari ini seramai 478,848 calon menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) termasuklah anak saya.



Fikiran tak berapa nak fokus pada kerja dan apa pun hari ni sebab duk fikirkan si anak dekat sekolah boleh ke tidak jawab soalan...aduiiii..(ibunya yang pening tahap gaban)

Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan.  Insyaallah anak-anak ini akan berjaya dengan cemerlang.  Doa ibu dan bapa perlu seiring dengan pemergian mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Hari ini dimulai dengan Ujian Pemahaman, Penulisan dan disusuli Matematik Kertas 2.

Esok  pula merupakan hari kedua peperiksaan yang mana bermula seawal jam 8.15pagi dengan subjek Matematik Kertas 1.  Harap-harap anak saya dapat menjawabnya dengan tenang dan waras.

Insyaallah.......


Foto Menarik
Adik!! Kenapa muka stress sangat??
Gugel

7 comments:

Fiza Rahman said...

Good luck utk anak akak. ANak periksa parents yg risau kan.

wahida said...

all the best pada anak akak dan semua calon UPSR...

mudah2an berjaya semuanya...

Farah Waheda Wahid said...

all the best untuk anak akak...aunty Farah doakan... *_^

RamRamCute said...

Thank you Aunties @fiza Rahman @wahida and @farah waheda wahid :-)

piqa da bajitos said...

all the best goodluck ~

Ahmad Zarif said...

selamat berjaya kat anak akak. mak dia pun jgn la nervous sgt yer.. hehe

Sukma Haron said...

semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan exam UPSR.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...