Monday, September 09, 2013

Tahun 2016 Tiada Lagi Soalan Ramalan - UPSR, SPM

Assalammualaikum....

Berita baik dan tak baik kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka bakal menduduki peperiksaan besar tahun 2016 yang mana sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan yang mana bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.

Gugel

Sebaliknya murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza, demikian menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelan itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula.

Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016.

Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru bahasa Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.

Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.

Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah.

Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan diberi latihan bersasaran oleh kementerian.

Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan penglibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi.

8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

reason being, diaorang nak melatih anak2 murid supaya berfikir sebab sekarang banyak style copy paste dengan kemajuan teknologi, semua boleh google... *_^...

RamRamCute said...

@Farah Waheda Wahid

betul tu farah semuanya di hujung jari..tidak perlukan usaha gigih.

CaDLyNN said...

lain dah nnti

Unknown said...

yang sekarang pon ai dah terbabas jadi tarzan tiap kali anak buat homework....nanti2 jadi ape la agaknya ye?

*tu sebab ai rela jahit baju dari jadi cikgu*

Sukma said...

semoga semuanya menjadi apa yang dirancang oleh kementerian.....

RamRamCute said...

@Etha Bahrom

Hahaha...kak etha same goes here..kalau bab ngajar anak memang jadi TARZAN, tip top tak payah masuk kelas Cikgu Siti Hajar...pitching memang tinggi hihihi.....

RamRamCute said...

@Sukma Haron

Insyaallah.. :-)

RamRamCute said...

@CaDLyNN

Banyak perubahan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...