Bukan nak mengata dan mengumpat tapi nak menyuarakan pendapat dan rasa ketidakpuashatian saya pada "mamat" sorang ni.
Rasanya semua staf di pejabat ni sudah sedia maklum, yang mamat soran gni memang macam "chipsmore" sekejap ada sekejap takde...waktu dia di pejabat ni boleh dikira hanya beberapa minit atau jam saja dalam setiap hari. Kadang-kadang tu dia tak masuk langsung dengan alasan diberi "MELOBI PROJEK".
Agak-agaklah takkanlah dia takde rasa bersalah dan malu apabila datang atau masuk sahaja ke pejabat perkara utama yang beliau buat ialah melakukan tugasan luar beliau sebagai Setiausaha Akhbar pada seorang VIP ni di dalam pejabat yang membolehkan beliau mendapat rezeki setiap bulan tanpa gagal di sini dengan gaji yang penuh. Nak kata dia buat kerja pejabat ni 100% memang tak ada rasanya, cuma yang pasti setiap kali dia masuk pejabat mesti dia akan menelefon beberapa VIP dan membincangkan akan kisah perwakilan lah, urusan travelling VIP tersebut dan keluarga lah, urusan travelling beliau sekeluarga lah, urusan peribadi beliau (kad kredit, loan rumah, loan kereta) tak pun paling habis beliau akan bermain Free Cell atau Solitaire ketika waktu pejabat. Atau paling koman pun setiap kali beliau masuk pejabat mesti akan cpmpile segala macam resit entertainment dan bil telefon bimbit beliau, kalau dia bercerita dekat telefon yang saya dengarlah, seakan semua menteri dalam Malaysia ni kenal dengan beliau (hebakkkkk).
Beringatlah, tak selalunya langit itu sentiasa cerah, adakalanya kita diatas, dan bila tidak kena gayanya nanti kita akan kebawah juga. Cariklah rezeki dengan ikhlas dan sewajarnya untuk keluarga hingga tidak mengundang syak dan wasangka rakan setugas yang lain. Dalam setahun kalau anda cuma datang bekerja hanya beberapa jam dan yang selebihnya anda membuat kerja luaran (betul ke buat...macam tak nampak hasil), MC dan bercuti apa kejadahnya. Jangan sampai pengurusan atasan menyedari akan contribution anda towards syarikat yang berkurangan itu dan seterusnya di ambil tindakan. Menyesal tak sudah nanti!!
Sekadar mengigati......
6 comments:
kat opis saya pon ade gak staff chipsmore camtu... muka dia memang tebal tahap cipan... rasa bersalah? nan hadoo jerr... saya pun ade buat entry pasal mamat chipsmore kat sini :
http://skuterlady.blogspot.com/2011/11/memang-tak-bertanggungjawab.html..
okey okey..
hari nie dia minta benda yang dia tak patut dapat pula.... memang susah orang mcm nie. Mementingkan diri sendiri dan sanggup memijak dan menidakkan hak orang lain..dalam erti kata lain, Pencuri.
@syu: dalam stiap ofis mesti ke ada orang macam ni?
@aziela: macam x faham faham kan...ngok ngek. Kontribution x byk mana tp semua kompeni bagi fasiliti semua nk sapu. Huh!!
Kat akhirat esuk kene tanya bior le die jawab gune tangan n kaki Kak Mah..
Dulu teman pernah kene.. disurohnye punch kad dengan alasan gi MOF. Ai.. xkan pegi MOF (urusan pejabat) xbuleh letak note di kad menyatekan urusan pejabat (kan?)
Tu baghu sikit...
kutubkhanahku.blogspot.com
@aidil: dia mmg saja nk buat camtu kononnya dia boss la..tak tu takkanlah org ingat dia tinggi pangkat siap org luar ingat teman ni PA dia...hangguit tul dia tu perasan hebakk!!
Post a Comment