terima kasih gugel
(bukan gambar sebenar)
Kesian ikan ikan tu (tak sempat nak ambil gambar ikan), tak pasal-pasal pagi ni dah kena angkut dengan kontraktor yang menyeliakan akuarium di pejabat saya kerana big boss kami telah mengarahkan agar akuarium berkenaan di biarkan kosong dan kering bagi tujuan penyiasatan dan penyediaan report untuk disusulkan kepada pihak TPM (Technology Park Malaysia) owner bangunan berkenaan.
Berkemungkinan ikan-ikan berkenaan akan tinggal di sana (kedai) buat sementara dalam beberapa minggu ini sehinggalah penyiasatan selesai.
Kos kerugian dan penyiasatan masih di dalam proses, dan kita masih tidak tahu dan pasti berapakah tuntutan yang akan mereka semua utarakan di dalam report berkenaan. Harap-harap mereka tidak memohon kos membaikpulih peralatan hingga ke ratusan ribu, kalau tidak NAYA lah kami tak pasal-pasal tahun ni takde bonus dan kenaikan gaji.
Setakat ini pejabat kami masih menggunakan "blower" untuk tujuan pengeringan karpet dan lantai agar ianya tidak menitis dan membasahkan lagi makmal tingkat bawah. Maklumat setakat ini mengatakan bilik makmal tingkat bawah masih terdapat air yang menitis lagi...erm..dari mana pulak datangnya air tu ye?
5 comments:
Ikan2 balik kg...nak sambut CNY...hehehehhe
@Aziela: hihihi....lepas CNY baru balik kerja balik. Ikan ambil annual leave
ikan2 dah x de . xdelagi nk tengok2kan ,, hehee
ikan ooo ikan .. kalau adatu release gak tensionkan...
@smilenajah93 & @Cho Zila: betul tu sekurang-kurangnya dapat juga kita release tension bila dia berenang-renang. La ni dah tak buleh tengok dan bagi makan setiap hari dah..ikan balik kampung raya cina.
Post a Comment