Tiba-tiba tengah borink2 internet tak jalan ni terpanggil untuk melihat beberapa keratan ayat yang indah buat panduan saya dan semua antaranya:-
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum anda mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang sesorang yang memohon kepada Allah swt untuk diberikan teman hidup.
Sebelum anda mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang telah pergi meninggal orang tersayang dengan cepat.
Sebelum anda mengeluh tentang anak anak anda, fikirkan tentang sesorang yang sangat ingin mempunyai anak akan tetapi dirinya tidak berupaya.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa didalam dunia ini
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyumlah dan berterima kasihlah kepada tuhan kerana kita masih lagi hidup.
Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah namun juga menghangatkan jiwa.
Itihati yang ditunjukkan pada seseorang hanya akan melukai diri sendiri.
Berbuatlah jahat selagi mana anda mampu menghadapi azab Allah swt.
Orang yang bijaksana selalu melengkapi kehidupanya dengan banyak persahabatan.
Lidah anda yang menentukan siapa anda.
Diantara isi rumahtangga, anak anaklah yang terbaik.
Persahabatan sejati layaknya kesihatan nilainya baru kita sedari bila kita kehilanganya.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
23 hours ago
2 comments:
tq. Disaat internet dan perasaan yg down nie..kata2 nie penguat semangat...
Uiks.. Sabar awak ye.. Jangan muram muram hiburkan hati ok. Luahkan jika ianya tak dpt dibendung lagi. Jgn simpan ok
Post a Comment