Assalammualaikum wbt
Selamat pagi dan salam sejahtera pada kawan-kawan semua. Diharap di hari Jumaat yang mulia ini anda semua berada dalam keadaan sihat dan ceria disamping orang-orang tersayang.
Previously saya ada buat entry pasal "Im eyeing to have this.. En Habi" sibuk nak kenen En Habi belanja belikan saya hadiah. Hehehe..alhamdulillah saya dah dapat hadiah tu..tapi bukan seperti apa yang saya nak. En Habi belikan saya yang lain.
Kisahnya, semalam selepas balik dari bekerja En. Habi mengajak saya singgah ke kedai basikal (tempat biasa En Habi selalu beli peralatan basikal dia)dengan alasan dia nak beli aksesori basikal dia sebab minggu ni dia ada tournament. Jadi saya ikutkan aje dia...sesampai aje dia kedai tu saya pun ikut turun sekali dengan alasan nak tengok-tengok model basikal baru...alih-alih owner kedai basikal tu cakap dengan En Habi "Ok. Hairul sudah ready". Owner tu pun keluarkan sebuah basikal dari dalam kedai. Dengan spontan saya tanya dekat En Habi "Abg beli basikal baru lagi ke?" En Habi Habi jawab "Eh! bukanlah...ini abang beli untuk mama...". "Uiks! saya pun dengan rasa terkejut badak tu teruslah tanya En Habi "Sempena apa?" En Habi jawab "Ala..hari tu kan mama nak hadiah so abang belikan la basikal untuk mama." "suka tak?" saya nak kata suka pun suka tak suka pun tak suka sebab setahu saya, saya kenen benda lain tapi lain pulak yang dia beli...macam nak suruh saya aktif bersukan pulak, dah la basikal yang ada pun tak ternaik..hehehe tapi Alhamdulillah syukur.
Terima kasih En Habi...Luv U!
Inilah basikal hadiah daripada En Habi.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
23 hours ago
4 comments:
teringat zaman bebudak dulu..naik beskal mcm tu la gi sekolah. sebulan je...pastu mak suruh naik bas sekolah pasal semput makin kuat..huhu..beskal tu pun dah jahanam dah..ok la tu..kalau rumah ada laman atau jalan yg tak sesak, seronok gak berbasikal. mcm rumah nora kat tepi jalan raya sesak..hehe
p/s: maaf baru menjenguk dan follow..jgn ambik hati ye..terlewat sikit
hehe..tak mengapa. Terima kasih Nora sebab sudi jenguk blog saya dan follow..
Yelah zaman berbasikal ni mengingatkan kita masa zaman sekolah dulu..time tu memang ramai kawan2 yang pergi kesekolah naik basikal..lepas tu asal petang aje naik basikal keliling satu taman perumahan..hehe saya tak sangka pulak dah kahwin dan beranak pinak ni nak memulakan aktiviti berbasikal semula..cuma kelainannya kali ni kena angkut semua anak beranak sekali...
kenapa tak boleh follow?belah follower kosong...huhuhu...nape ni?ni blog yg ke-4 yg takde follower...
Mrs. Eady..saya jugak menghadapi masalah yang sama dengan beberapa blog. kenapa ye? huhuhuhu.......time time macam nilah dia buat hal...
Post a Comment