Wednesday, May 29, 2013

Wordless Wednesday #74


Assalammualaikum ....

Lazy to upload and update the blog lately ....tak tahulah kenapa?   Nasib baik today ni Wordless Wednesday cuma dapat upload gambar ajelah ye... Entri mengenai cerita-cerita menarik ini akan saya posst up kan bit by bit...maaf semua!!

Maaf semua saya tak berapa aktif berblogging semenjak dua menjak ni ...kerja menimbun-nimbun, mood pun asyik kelaut memanjang aje...

So, untuk tatapan anda semua yang sudi menjengah ke blog saya ni itu ajelah aktiviti saya di minggu baru ini.....

Kemenangan Ke-2 di tempat yang kedua bagi Muhammad Amirul Haikal pada wiken baru ni...Tahniah Abang!

Holiday 3D2N in Singapore

Suasana di pejabat - misi menukar partition lama ke baru....perghhh!!

Setelah ditukar ganti kepada yang baru...full of colours!

Selamat bertugas semua! 



Friday, May 17, 2013

Owh Ini Sebenarnya Kerja Dia.....


Arrissa oh Arissa....

Memang lately ni karakter dan perangai dia memang sangat-sangat menguji kesabaran dan manaikkan  tahap kedarah tinggian kami suami isteri ...

Perangai dan peel nya yang tak sudah adakalanya mencuit hati dan kadangkala ada rasa nak menangis pun ada juga...di selang selikan dengan celoteh beliau yang tak sudah-sudah tu....

Ini adalah salah satu dari aktiviti masa lapang beliau yang mana beliau suka sangat-sangat menggunakan henfon saya tak kiralah mengambil dan merakam gambar aksi-aksi beliau ataupun menonton "YOU TO BE"  (bahasa versi Arissa) aka Youtube ...

Note:  Pergh...patutlah henfon saya lembab aje lately ni ..rupanya penuh gambar dia dekat 100 keping di simpan...huarghhhhh!! seksanya nak mendelete satu persatu ni.....

Inilah kerjanya yang mana sebahagian lagi dah susah nak download...aksi sama aje...

Apa Perancangan Kita.......


Assalammualaikum...

Pernahkah anda terfikir apa akan jadi kepada diri anda dalam jangkamasa 10-20 tahun lagi?

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi hari-hari kita dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan atau sebaliknya atau adakah kita bersedia untuk menjadi seseorang yang lebih terbaik daripada sekarang?

ATAU............

Adakah anda akan masih terus melakukan tugasan sepertimana anda kini contohnya makan gaji di sektor awam mahupun swasta ataupun anda telah melakukan suatu anjakan dalam masa beberapa tahun nanti untuk menjadi yang lebih baik contohnya melakukan bisnes secara kecil-kecilan atau besar-besaran?

Allahualam...

Seringkali kita terlepas pandang akan perkara-perkara yang sememangnya menjadi tanda tanya pada diri kita...adakah kita akan terus membanting tulang 4 kerat kita dengan makan gaji hingga ketua (maksud saya pencen) ataupun menjadi surirumahtangga (bagi kaum wanita) ataupun menceburi bidang bisnes selepas ini.

Apa perancangan kita seterusnya?

Erm...saya selalu memikirkan akan hala tuju kehidupan saya selepas ini..kalau diizinkan olehNYA tak mahulah pulak lepas pencen kena kerja balik disebabkan nak menampung kos sara hidup selepas itu....apa pun itu semua rezeki Allah s.w.t. yang berikan kita sebagai umatnya perlulah mencari dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan yang terbaik dan halal di sisiNYA. 

Insyaallah...yang baik datang daripadaNYA yang buruk itu adalah datang dari kita sendiri.

Nota diri sendiri:  Apa saya nak buat ye?.................................bukak dobi?, bukak car wash? bukak franchise kedai ice-cream?, bukak kedai cake (buat cake tak reti)...........erm..........kaput, kalut, kabut.....owh SERABUTNYA!!

Salam Jumaat yang penuh barokah semua!!


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Assalammualaikum...


Lamanya tak buka blog. Maaf kawan2 keadaan persekitaran tak berapa nak mengizinkan saya nak mengapdet blog.

Just a quick one.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di luar sana. Sesungguhnya jasa, tunjuk ajar, didikan dan pengorbanan kalian sebagai guru tiada tandingan. 

Kepada bekas guru-guru saya dari St Mary's Girl School Kuala Lumpur jasa dan pengorbanan kalian terlalu banyak tidak terbalas oleh kami. Terima kasih kerana berjaya mendidik kami menjadi anak bangsa yang berguna dan berkerjaya kini.

Terima kasih Cikgu!!

Wednesday, May 08, 2013

Wordless Wednesday #73


Assalammualaikum


RABU TIADA KATA!



Sharing is Caring!!

xoxo

Thursday, May 02, 2013

Blog Oh Blog...

Assalammualaikum...

Sekejap hilang, sekejap timbul saya ni... Maafkanlah saya yang kebelakangan ini agak sedikit kebizian tak kiralah di pejabat mahupun di rumah ada saja kerja yang kena dibuat.

Kesempatan nak mengapdet blog tu memang takde kerana ada sahaja tugasan dan perkara yang hendak disetelkan.

Apa khabar anda semua? Lagi 3 hari kita semua perlu menunaikan tanggungjawab kan jadi haruslah difikirkan secara adil dan saksama bagi menentukan hala tuju negara dan masa depan kita selama 5 tahun lagi...

Anda semua mengundi di mana? Saya barulah merasa kali ni nak mengundi almaklumlah tak pernah lagi.... Hehehehe...

Oh ya! Antara perkara wajib dan yang perlu korang yang baca ni tahu kenapa tahap kebizian saya ni melampau-lampau adalah kerana setiap minggu saya menemani anak2 bermain go kart dan minggu baru ini mereka menghadapi sesi tournament sekali lagi yang mana dianjurkan pada setiap hujung bulan. Jadi memang tak sempatlah nak apdet apa. Cuma ini ajelah santapan yang ada dan sempat kami sediakan untuk tatapan kawan blogger saya.

Kali ni anak-anak tak berjaya mendapat tempat di podium kerana alasan mereka kart yang mereka dapat kali ni bermasalah dan lembab.. Entahlah....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...