Showing posts with label Ramadhan 2013. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2013. Show all posts

Thursday, August 01, 2013

Tak Susah Nak Kenal....


Assalammualaikum...

Alhamdulillah...bertemu lagi kita semua dalam ramadhan yang ke 23.  Tak suka dan sedih aje apabila mendengar di corong-corong radio berkumandang hebat lagu-lagu raya saban hari  bersilih ganti menandakan raya dah nak dekat....huhuhu.sedihnya...

Amalan belum cukup ada yang lompong-lompong dan insyaallah jika diberikan umur yang panjang tahun hadapan nak melunaskan apa yang tertunggak di tahun ini contohnya pergi sembahyang terawih, solat subuh di masjid, qiyamulail dan sebagainya.  Hanya menunggu masa si kecik ini besar dan boleh memahami kata-kata kita untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA secara keseluruhannya seperti tahun-tahun yang lalu.



Sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini terlalu banyak perkara dan kejadian yang saya lihat dan ketahui dan untuk mengenali peribadi seseorang itu juga tak susah...hanya di dalam bulan ramadhan ini sajalah kita dapat mengenali pe'el dan perangai manusia-manusia sebenar tak kiralah sesiapa sahaja termasuklah diri saya sendiri.

Saya bukanlah sesempurna manapun untuk terus berkata-kata......tetapi nampakkah kita apabila kesabaran, kejahilan dan keikhlasan dari dalaman kita jelas terpancar di dalam bulan ini.  

Dahulu arwah bapa saya selalu cakap "kalau nak tengok perangai manusia ni elok ke tidak...perati mereka dalam bulan ramadhan".  Kini saya telah pasti dan mengenali dengan jelas akan kata-kata arwah bapa saya tu....pelbagai reaksi, personaliti dan perangai yang kita tunjukkan tanpa sedar yang mana kita perlu tahu "Itulah Diri Kita Yang Sebenar" tanpa perlu ada syaitan yang menghasut atau unsur-unsur negative lain yang menginfluence diri kita..tak kiralah ketika memandu di jalanraya, ketika membeli-belah barangan persiapan hari raya, membeli juadah untuk berbuka, melakukan tugasan harian kita, menjaga adab dan sopan kita, temper kemarahan kita, membuat amal kebajikan kita.........segalanya boleh terkeluar dengan sendiri tanpa kita sedari di dalam bulan ini di mana bulan yang menduga keimanan kita sebagai umatNYA.

Alhamdulillah dan Insyaallah...jika niat kita satu hanya kerana Allah s.w.t. pasti ianya akan dipermudahkan dan diredhai dan yang pastinya semua perlakuan itu haruslah dikawal dan perbanyakkan muhasabah diri serta tawaduk semoga kita semua tidak terpesong dan dapat mengawal diri kita semua dengan baik.


Sharing is caring!


Tuesday, July 23, 2013

Jaga Tutur Kata Kita...

Assalammualaikum...

Sebagai manusia biasa kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Kehidupan sehari hari kita ada kalanya stress, gembira, berduka dan bermasalah.  Tapi itu tidak bererti bahawa kita boleh membawa sekali masalah masalah tersebut kedalam kehidupan seharian hingga memberikan impak pada orang lain dengan menyinggung perasaan mereka.

Dibulan puasa yang mulia ini marilah kita sama sama bertawakal dan muzakarahkan diri kita selain memperbanyakkan amalan kita serta tidak menyakiti hati orang orang disekeliling kita.

Mind your words while talking to others. Jangan nanti bila dah tercakap benda benda yang tak sepatutnya dan elok didengari hingga menggoreskan hati orang lain dah jatuh berdosa tau.

Kurangkan bercakap, gossip dan banyakkan amalan anda di bulan Ramadhan ini.

Sharing is Caring

xoxo

Monday, July 22, 2013

Doakan Mereka....


Assalammualaikum...

Selamat berpuasa semua!! How is your weekend?  Harap-harap semuanya seperti yang dirancang ye dan pada mereka yang betul-betul memanfaatkan cuti wiken mereka kepada sesi merehatkan diri alhamdulillah pastinya refresh dan ceria hari ini dengan menjalani ibadah puasa pada hari yang ke 13 hari ini.

SEKEJAPNYA

Alhamdulillah.....berlainan bagi kami pula yang mana wiken baru ni kami sekeluarga termasuk keluarga mertua menyambut buka puasa tidak seperti minggu-minggu yang lalu sebabnya pasangan kakak ipar dan abang ipar saya telah dimasukkan ke hospital KPJ Selangor kerana menghidap "Demam Denggi".

BAHAYA

Kasihan mereka berdua tak pasal-pasal kedua suami isteri ini menghabiskan hujung minggu mereka duduk dan tinggal di hospital selama beberapa hari hinggalah ke hari ni.



Kasihan pada anaknyalah sebab bila dah kedua-duanya masuk hospital memang haruslah dia takde siapa nak jaga dan tengokkan, maka tinggallah dia di rumah ibu mertua sementara hingga kedua ibu bapanya sihat dan dibenarkan pulang kerumah.

GET WELL SOON IN LAW KU

Besar harapan saya semoga kedua mereka cepat sembuh dan dapat bersama-sama dengan kami menyambut ramadhan bersama-sama seperti sediakala.  Sama-sama kita DOAkan mereka ye!

Yang penting kawan-kawan dibulan ramadhan ni pengambilan air suam/masak/kosong amat PENTING dan haruslah banyak dan makan makanan yang seimbang dan lebihkan sayuran dan buah-buahan.  Musim panas dan kering sekejap hujan ni memang confirm bakal mengundang banyak penyakit berjangkit tambahan pula dengar katanya pagi ni indeks bacaan udara kita Malaysia juga kurang baik...JEREBU menyerang kembali....

TAKE CARE

Jaga kesihatan anda di bulan ramadhan ye!

Friday, July 19, 2013

Sana Sini Buffet..........


Assalammualaikum...

Dian tak diam dah 10 hari kita semua berpuasa...mood nak menyediakan juadah apabila balik bekerja pun dah menemui jalan buntu...TAK TAHU NAK MASAK APA!!  Maka penghabisannya lauk di bazaar ramadhan jugaklah yang menjadi menu santapan untuk berbuka puasa kami anak beranak lately ni...

Makan lauk beli ni bukan nya best sangat kawan-kawan, ikut nasib-nasib la..adakalanya lauk tu boleh dimakan..tapi adakalanya lauk pauk tu langsung tak boleh di makan ikut cukup syarat aje..ikut orang meniaga dia pun nak meniaga sama pacak gerai...kualiti dan kebersihan makanan belakang kira..akibatnya orang yang makan tu ada yang terkena keracunan makanan la..muntah-muntah la, lauk basi tak sampai ke sahur la dan macam-macam lagi...

Erm..tapi daripada kita membeli makanan dan juadah di bazaar ramadhan tu lebih baik kita berbuka dengna cara proper di hotel-hotel ke atau restoran-restoran yang menawarkan promosi berbuka puasa.  Kos beli runcit-runcit di bazaar ramadhan gedebak gedebuk lebih kurang sama aje takde beza..nak nak kalau beli ayam golek madu ke ayam percik mau dekat RM20-30 ringgit itu belum masuk harga kuih muih, lauk pauk lain dan air tebu ke, air mata kucing ke, air soya ke..mau dekap RM60-RM70 terbang dalam masa satu hari....betul tak?

Maka tak payah nak pening-pening kepala, saya dah decide dengan En Habi mana sempat kitaorang akan masak apa yang ada dalam peti sejuk tu..kalau takde pun paling kurang kami singahlah berbuka dimana-mana aje restoran ke, hotel ke untuk berbuka.


SENANG!! hati tak susah nak fikir menu masakan dan perut pun tak meragam senang nak menunaikan ibadah terawih lepas tu...MALAS nak fikir.


Pada kawan-kawan yang tercari-cari dan masih berfikir-fikir untuk mencari tempat makan berbuka yang menarik boleh jugak cuba dengan senarai-senarai yang saya copy paste ni...

Cubalah...sekali sekala cuti masak apa salahnya ...gathering bersama keluarga tercinta..Time nilah kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga............











   

SELAMAT BERPUASA!

xoxo



Wednesday, July 17, 2013

Indahnya Terawih...



Assalammualaikum...


Hari ke lapan (8) kita semua umat islam berpuasa.  Semoga kita sentiasa mendapat pahala yang barakah dan keberkatan di bulan yang mulia ini.  Sedekah dan amal jariah harap jangan dilupakan ye.  

Setiap kali apabila tibanya Ramadhan pastinya dibulan ini ramai yang takkan lepaskan peluang untuk bersembahyang terawih di surau-surau mahupun masjid-masjid.

Seronoknya tak terkata dan umpama seperti bulan ramadhan ini jangan berlalu pergi kan?  Tapi pastinya menjadi suatu kerugian bagi ibu-ibu seperti SAYA yang mempunyai anak kecil.

KENAPA??

Yelah..... dah pastinya saya tak boleh nak menunaikan solat terawih dan merasai akan kemeriahannya di surau atau pun masjid kerana menjaga anak-anak yang masih kecil di rumah... huhuhuhu....bukan tidak boleh dibawa bersama...Insyaallah BOLEH!..tapi semestinya akan menimbulkan kesukaran bagi para ibu bapa yang mana ingin menunaikan solat dan akan terganggu dek kerana kerenah anak-anak yagn adakalanya menangis, berguling-guling, merengek nak tidur dan sebagainya...

Gugel
Jadi adalah lebih baik tidak pergi dari pergi dan mengundang dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti kita menempelak mereka (anak-anak) memukul dan menjadi tidak khusyuk dalam bersolat.

Gugel
Takpelah ye ibu-ibu ... sekurang-kurangnya pengorbanan kita Insyaallah akan mendapat pahala juga dengan menjaga mereka di rumah dan sentiasa membuatkan mereka gembira. Insyaallah jika panjang umur dan ada rezeki dapatlah kita melakukannya pada ramadhan yang akan datang apabila mereka sudah betul-betul faham akan erti kata tidak boleh dan boleh...

HAri Raya bakal menjelma tak lama lagi...adakah anda telah siap menyediakan persiapan anda sekeluarga? Memandangkan sekarang ini ada JUALAN SALE sana sini, so.....JOM TERJAH mana tau boleh dapat diskaun menarik. 

Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa Kawan-Kawan!!




Tuesday, July 16, 2013

Roh Yang kembali Dibulan Ramadhan

Assalammualaikum...


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Gugel


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Gugel


Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.



Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.



Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah s.w.t.



Sesuatu Yang Perlu Anda Cuba Sekali Seumur Hidup? JOM sertai kami di SINI



Sharing is Caring



xoxo

Friday, July 12, 2013

Setiap Sesuatu Kejadian Pasti Ada Hikmah Disebaliknya....

Assalammualaikum...

gugel

Salam Jumaat semua dan selamat menjalani ibadah berpuasa pada hari yang ketiga .  Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan dan keberkatan serta pahala yang berganda ganda di bulan yang mulia ini.

Perbanyakkan amal dan perolehi pahala di bulan ini secara ikhlas dan tawaduk.

Tapi sebelum tu...Tahu tak bagaimana nak membakar lemak-lemak tepu di dalam badan kita ni?  Jom saya sharekan TIPS nya...

Insyaallah!

Sharing is Caring

xoxo



Thursday, July 11, 2013

Nak Jimat Masa Memasak Kita DiBulan Ramadhan?


Buntu nak fikir menu apa nak di masak berbuka puasa petang ni atau hari-hari berikutnya.....Biarpun sudah penat bekerja seharian, sekembalinya di rumah terpaksa pula membuat persiapan untuk menyediakan hidangan makan berbuka dan bersahur.

Kalau saya sudah semestinya berjam-jam di dapur dan for sure memasak mengambil masa yang agak lama dan singkat jika di bulan Ramadhan dan secara tak langsung rutin harian seperti ini pasti memenatkan kita semua. 

Namun tahukah anda, ada tip dan teknik yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan proses penyediaan hidangan lebih cepat dan mudah tapi perlu memeningkan kepala dan duduk berjam-jam di dapur untuk memikirkan apa yang perlu kita nak masak.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum kita nak memulakan aktiviti memasak kita iaitu:- 

Rancang menu

Selalu fikirkan masakan yang hendak disediakan untuk keluarga lebih awal. Perancangan menu yang berjadual dapat mengelakkan andadaripada membuang masa terlalu lama untuk memikirkan menu yang ingin dimasak. Jika anda mempunyai jadual menu harian, pasti setibanya di rumahanda terus dapat menyediakan hidangan dengan serta-merta.

Kisar ramuan

Pastikan kisar terlebih dahulu lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia secara berasingan. Kemudian simpan di dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila anda ingin menyediakan hidangan, anda hanya perlu mengambil bahan tersebut dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa penyediaan hidangan.

Siang ikan dan ayam terlebih dahulu

Pastikan ikan dan ayam yang telah dibeli daripada pasar raya disiang terlebih dahulu dan dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ini dapat membantu anda mempercepatkan proses penyediaan hidangan tanpa perlu membuang masa untuk melakukan pelbagai perkara sebelum memasak.


Kupas kulit

Jika anda tidak gemar mengisar bahan-bahan seperti bawang merah dan bawang putih terlalu awal untuk disimpan di dalam peti sejuk. Jadi anda hanya perlu kupas terlebih dahulu kulit bawang dan cuci bersih. Kemudian toskan dan simpan di dalam bekas berpenutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Ketumbar biji dan jintan biji siap disangai

Bila hari minggu, ada baiknya ketumbar biji dan jintan biji disangai (digoreng tanpa minyak). Kemudian kisar dan simpan di dalam bekas berpenutup. Cara ini akan dapat mengekalkan aroma dan paling utama cara ini dapat membantu anda menyediakan hidangan istimewa dengan lebih cepat proses penyediaannya.


Adakan stok makanan dingin beku

Nugget, kentang, tempura isi ikan burger, karipap dan sebagainya perlu ada di dalam peti sejuk. Menyediakan hidangan ini lebih mudah dan cepat,


Perapan ayam

Jika anda telah merancang untuk menyediakan menu ayam goreng pada esok hari. Sebaiknya pada malam itu anda telah gaulkan serbuk kunyit dan garam terlebih dahulu. Kemudian jangan disimpan di dalam freezer, tetapi letakkan ayam tersebut di dalam peti sejuk sahaja. Jadi setelah pulang ke rumah anda boleh terus menggoreng ayam tersebut dan ia cukup menjimatkan masa.

Mimpi nak jadi Pereka Fesyen tersohor di Malaysia? Apa tunggu lagi, kejar impian anda kat SINI!!

Sharing is Caring!!


xoxo

Wednesday, July 10, 2013

Pulang Awal....


Assalammualaikum...

DAY 1

Biasanya di bulan ramadhanlah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh para-para ibu dan wanita-wanita yang telah berumahtangga untuk pulang awal.


Saya pasti pada anda yang bekerja pastinya anda akan dapat pulang awal pabila majikan memberikan jadual waktu bekerja yang baru untuk memberi laluan kepada para petugas untuk menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna.

Yelah mana taknya dalam setahun hanya sebulan aje kan.  Mesti takkan lepaskan peluang untuk mengejar pahala bukan sahaja dari segi memasak juadah berbuka malahan menunaikan solat terawikh di masjid dan surau berdekatan.


Tetapi standardlah dah namanya Kuala Lumpur pastinya takkan lepas dan lari masalah kesesakan lalulintas yang saban hari menggangu kita semua.  Tak kiralah naik pengangkutan awam atau memandu sendiri pastinya kita semua kalut bergegas pulang kerumah setiap kali ramadhan menjelang untuk mengejarkan masa untuk memasak atau membeli juadah di bazar ramadhan.

Sebelum itu...

Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi tiket percuma untuk menonton persembahan Linkin Park di Stadium Bukit Jalil pada 19 August 2013 ini. JOM!!

Kawan-kawan semua balik pukul berapa??

Selamat Berpuasa 

Tuesday, July 09, 2013

Salam Ramadhan 1434H


Assalammualaikum....



Akhirnya bertemu jua setelah setahun berlalu dan alhamdulillah kita diberikan peluang untuk bersama-sama menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini.

SALAM RAMADHAN semua! Semoga kita mendapat keberkatan di dunia mahupun di akhirat.  Banyakkan amal, zikir dan doa,   Insyaallah semoga mendapat pahala yang berganda dan secara tak langsung mendekatkan kita pada yang ESA.

Selamat Berpuasa dan di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf atas segala tulisan dan entri saya yang menyinggung perasaan anda semua selama ini.

Semoga kita semua diberikan kesihatan, kekuatan dan kesabaran untuk menjalani ibadah pada kali ini.

Seronoknya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...