Tuesday, September 24, 2013

Wordless Wednesday #89

Semoga Berjaya Anakku!!

Doa kami semua seiring dengan semangat dan azammu...

Insyaallah...


Good Luck Son!!

Thursday, September 19, 2013

Rotax Max Challenge Asia & Malaysia

Assalammualaikum....

Lamanya tak menjengah blog.... hari-hari semakin busy tak kira lepas waktu kerja ada aje yang nak dibuat sampaikan nak menaip entri pun payah sangat rasanya..... 

Oh ya! merujuk pada entri 'wordless wednesday' saya semalam....

Sebenarnya kami suami isteri anak beranak, lately ni memang a bit busy melayan karenah 2 orang anak teruna kami terutamanya yang sulung tu yang mana hujung bulan ini beliau akan melayakkan diri beliau memasuki pertandingan Go Kart peringkat ASIA yang akan berlangsung di Pekan, Pahang.




Insyaallah jika tiada aral melintang Muhammad Amirul Haikal akan bertanding ke peringkat ASIA di kejohanan Rotax Asia Challenge.  Seramai lebih 30 wakil dari pelbagai negara Asia melayakkan diri mengikut kelas dan peringkat umur masing-masing bertanding pada kejohanan kali ini.

Bermaksud kami sekeluarga akan berkampung di Pekan Pahang mulai minggu hadapan.  Pertandingan akan berlangsung selama dua hari dari 28-29 September 2013.

Pada anda rakan blogger yang ada berdekatan dengan lokasi berkenaan dan mempunyai kelapangan,  JOM lah sertai kami.


Anak saya bakal bertanding di dalam kategori MicroMax.  Jangan tak percaya ada wakil wanita dari Malaysia turut bertanding sama.

Untuk anda atau sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia permotoran ini bolehlah melayari terus website Rotax Asia untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta tarikh-tarikh kejohanan yang telah dan bakal berlangsung. 

Peperiksaan UPSR dah tamat dan beliau pun bercuti selama 2 minggu sekarang dari sekolah so just right on time kejohanan ini berlangsung dan tidak melibatkan sangat hari sekolah beliau.

Insyaallah semoga beliau dipermudahkan dan berjaya!

Conclusion nya .... Mama dia tak pening sebab UPSR lagi tapi sekarang duk pening anak nak bertanding Go Kart pulak!  Masalah betul emak dia ni...emo tak tentu pasal.....

Good Luck Amirul!!






Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday # 88

Assalammualaikum....

Kemana MENGHILANG??




Pekan Circuit

Full story untuk entri keesokkan harinya...


Wordless Wednesday #87


Assalammualaikum.....

Jom pergi pesta buku!!


Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday #86


Assalammualaikum.....

Rabu Tiada Kata-Kata....Wordless Wednesday minggu ini....

Tak mau cakap lebih-lebih... ISU HANGAT MINGGU INI!!

Masing-masing ada pendapat dan boleh menilai dengan sendiri secara logikal...

Terpulang pada individu masing-masing.

Yang penting kita tak payah serabut kepala nak memikirkan siapa salah dan siapa betul.....

Dunia Artis............


Gugel

Owh! Jangan spedo saya lepas ni ye!!.....

Tuesday, September 10, 2013

UPSR Dah Tiba....


Assalammualaikum....

Entri pertama untuk hari ini...

Maaf kekalutan jiwa dan mood menerawang jauh melayang-layang hingga terlupa nak mengapdet blog pada hari-hari penting begini.

Pada hari ini seramai 478,848 calon menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) termasuklah anak saya.



Fikiran tak berapa nak fokus pada kerja dan apa pun hari ni sebab duk fikirkan si anak dekat sekolah boleh ke tidak jawab soalan...aduiiii..(ibunya yang pening tahap gaban)

Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan.  Insyaallah anak-anak ini akan berjaya dengan cemerlang.  Doa ibu dan bapa perlu seiring dengan pemergian mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Hari ini dimulai dengan Ujian Pemahaman, Penulisan dan disusuli Matematik Kertas 2.

Esok  pula merupakan hari kedua peperiksaan yang mana bermula seawal jam 8.15pagi dengan subjek Matematik Kertas 1.  Harap-harap anak saya dapat menjawabnya dengan tenang dan waras.

Insyaallah.......


Foto Menarik
Adik!! Kenapa muka stress sangat??
Gugel

Monday, September 09, 2013

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com


STICKY POST


Assalammualaikum....


Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak. 

 Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^ 


Jom Semua!!!

Tahun 2016 Tiada Lagi Soalan Ramalan - UPSR, SPM

Assalammualaikum....

Berita baik dan tak baik kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka bakal menduduki peperiksaan besar tahun 2016 yang mana sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan yang mana bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.

Gugel

Sebaliknya murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza, demikian menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelan itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula.

Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016.

Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru bahasa Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.

Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.

Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah.

Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan diberi latihan bersasaran oleh kementerian.

Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan penglibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi.

Friday, September 06, 2013

Owh! Hatiku Tak Tenang...





Owh masa berlalu begitu pantas, hari berganti hari dan debaran jantung berdegup umpama berlari 100 meter.

Runsing, kalut dan tak keruan pabila mengenangkan si anak yang bakal menduduki peperiksaan besar Tahun 6 UPSR yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi.

Anak yang nak ambil periksa, mama dia yang tak tidur malam memikirkan segala macam soalan yang akan keluar. 

Bukan apanya ...takut si anak tak confident dan selalu careless dalam pemilihan jawapan yang sebenar.

Baru-baru ini saya bertemu dengan guru subjek matematik anak saya disekolah untuk bertanyakan progres beliau dalam subjek tersebut, menurut kata beliau (guru) progres anak saya baik cuma anak saya keliru dalam membuat kesilapan terutamanya ketika dalam peperiksaan apabila menjawab soalan OBJEKTIF tetapi bila tiba soalan SUBJEKTIF dia pantas menjawab soalan menggunakan jalan kerja. Owh!! kalut-kalut...hati ibu mana yang tak kalut dan takut.


Disebabkan nak menunjukkan diri dan tidak menstresskan emosi anak, saya diamkan aje tetapi iyelah tak tidur malam dibuatnya memikirkan kesilapan kecil yang beliau lakukan.

Banyak artikel yang saya cari untuk menenteramkan diri saya ni especially rata-rata mengatakan jangan terlalu memaksa anak-anak kita di saat-saat akhir ini. 

Untuk perkongsian semua berikut adalah tips-tips yang perlu dilengkapkan untuk anak-anak kita bagi menghadapi ujian UPSR ini.

Antaranya:-

Bertenang dan dapatkan rehat yang betul

Jangan terlampau memaksa diri. Saat-saat terakhir ini merupakan waktu genting bagi semua penjawab peperiksaan. Jika adik-adik terlampau tertekan ia dikhuatiri akan memberikan kesan buruk kepada adik-adik. Adik-adik juga berpotensi untuk hilang fokus untuk belajar kerana perasaan takut yang terlampau.

Jadi apa yang perlu adik-adik lakukan ialah, bertenang dan pastikan mempunyai tidur yang cukup seminggu sebelum peperiksaan bermula hinggalah ke akhir waktu peperiksaan. Jangan sesekali memaksa diri untuk tidak tidur. Kekurangan tidur akan menyebabkan minda adik-adik penat dan tidak mampu berfungsi pada tahap terbaik. Namun, jangan pula sehingga terlebih tidur. Jika tidak faham dengan sesuatu topik, tukarlah ke topik yang lain. Adik-adik mungkin akan merasa mengantuk jika membaca topik yang tidak difahami.

Soalan ramalan UPSR

Waktu-waktu terakhir bukanlah masanya untuk adik-adik membaca kesemua topik pelajaran dari awal hingga akhir. Adik-adik tidak mungkin akan berjaya mengingati kesemua subjek yang dipelajari daripada tahun empat hingga ke tahun enam dalam masa yang sangat singkat.


Apa yang adik-adik boleh lakukan ialah mencuba menjawab soalan ramalan UPSR sebanyak yang mungkin. Perlu diingat. Bukan 100% tepat ramalan ini. Namun jika berada di dalam keadaan terdesak ia sangat membantu. Buatlah latihan-latihan sehingga adik-adik berasa yakin.

Berikan 110% fokus

Ini bukanlah waktunya untuk adik-adik menonton rancangan kegemaran adik-adik di kaca televisyen, juga bukalah waktunya untuk menghabiskan masa dengan bermain bersama rakan-rakan di rumah. Percayalah, adik-adik masih boleh lakukan semua itu sesudah habis UPSR. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan ia untuk menghafal dan memahami pelajaran. Fokus sepenuhnya amat penting untuk adik-adik berjaya mencapai matlamat cemerlang dalam UPSR.

Never give up!

Sifat mudah berputus asa adalah sifat seorang yang lemah. Tanamkan di dalam diri adik-adik untuk tidak mudah berputus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itulah adik-adik masih punyai masa untuk mengulangkaji. Selepas habis menjawab soalan, masanya untuk adik-adik berdoa dan bertawakal selepas habis berusaha. Jangan nanti habis UPSR baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji.

Insyaallah berkat usaha dan tawakal semuanya akan menjadi mudah.  Doakan mereka (mode nak tenangkan hati sendiri).

Wednesday, September 04, 2013

Wordless Wednesday #85



Assalammualaikum...


Redha akan ketentuan manusia.  Life has to go on.....

Banyakkan sabar dan muhasabah diri.




Inilah namanya "Redha Dalam Keterpaksaan"

"Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"


Assalammualaikum.....



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.


JOM SERTAI MEREKA!!

Tuesday, September 03, 2013

Ramai Yang Naik Minyak....



Assalammualaikum...

Topik utama pepagi buta celik mata buka TV keluar berita pasal harga minyak naik, keluar rumah naik lift nak ke tempat kerja sama jugak isu dalam lift orang semua dok cerita pasal harga minyak naik, dalam kereta perjalanan nak ketempat kerja dengarn topik radio cerita pasal harga minyak naik, sampai ofis kawan sepejabat sibuk debate pasal harga minyak naik...tup-tup rata-rata hari ni semua berbincang pasal harga minyak naik RM0.20 sen.


Google

Terasa memanglah terasa dah namanya rakyat jelata..... dah namanya pakai kereta nak tak nak kena tanggunglah harga minyak naik. Nak buat macam mana lagi dah kerajaan tetapkan harga gitu.  Bising pung pang pung pang pun memang dah naik so kena hadap ajelah kita hamba-hamba marhain ni suara tak keluar, kalau keluar pun sumbang tahap lagu tu aje.

Harap-harap tiada yang naik minyak sudahlah ye..bergaduh pasal isu minyak naik tak sudah sepanjang hari.  Mau haru dibuatnya....

Banyakkan bersabar semua!!


Jom DIET!



Kaum wanita sememangnya tidak terlepas daripada menjaga pemakanan agar sentiasa tampil menawan dan sihat TAK GITU? Tambahan pula sebulan beraya ni aktiviti makan-makan tak berhenti-henti dari day one beraya sampailah sekarang....selagi raya tak habis. 

Lately ni saya memang tetiba tersedar akan kepentingan menguruskan badan dan kurangkan memakan makanan yagn bukan-bukan untuk secara tidak langsung mengawal koordinasi pertambahan lelemak di dalam badan.

Dalam erti kata lain, setiap makanan yang dibeli perlu mempunyai label rendah lemak (sampai gitu sekali gamaknya) hihihihi......lantak kaulah labuuuu!! 




Umumnya, setiap orang memerlukan lemak dalam diet harian tetapi perlu diingatkan agar ianya TIDAK dalam kuantiti berlebihan. Kebaikannya, lemak bukan hanya membekalkan tenaga, malah ia penting bagi penghasilan hormon dan mengekalkan fungsi sistem badan kita.

Oleh itu untuk mendapatkan berat badan yang ideal seseorang itu perlu mengambil carta makanan yang bersesuaian agar ianya tidak mengundang kemudaratan kepada diri sendiri.

Antaranya:-
  • Lebihkan makanan berasaskan kekacang, bijirin, sayur-sayuran dan ikan.
  • Jadikan sajian kekacang sebagai snek makanan pilihan berbanding kerepek yang mengandungi lebihan garam.
  • Gantikan mayonis dengan yogurt asli bersama perahan jus lemon berserta sedikit campuran herba.
  • Tukar selera memasak daripada gorengan kepada panggang atau kukus (macam iklan "Masterchef...kukus, grill, panggang, kukus, grill, panggang......)
  • Buang lemak yang ada pada daging atau ayam sebelum memasak.
  • Pilih lemak tidak tepu berkualiti tinggi seperti labu atau walnut bagi mencelup roti anda berbanding menyapunya dengan jem.
  • Gunakan minyak zaitun iaitu minyak yang tidak tepu sebagai alternatif kepada mentega.

Untuk itu apa kita nak tunggu lagi?? Jom kita TRY!!

Selamat BERDIET!



Monday, September 02, 2013

Siapalah Kita....


Assalammualaikum...............


"Tiada kata-kata yang dapat diluahkan.....Terlalu tersentuh apabila melihat gambar ini....."


"Ingatlah bahawa KAYA belum tentu MULIA.
MISKIN belum tentu HINA.
KAYA belum tentu BAHAGIA.
MISKIN belum tentu SENGSARA."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...