Assalammualaikum....
Berganjak memasuki 20 Ramadhan pada hari ini... Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang untuk turut sama bersama keluarga dan kawan-kawan semua menjalani ibadah berpuasa pada tahun ini.
Semoga ibadah kita sentiasa berkati oleh Allah s.w.t.
Oh ya! baru aje mendapat pesanan khidmat ringkas dari adik ipar saya mengenai seorang bayi yang baru aje lahir ke dunia ini selama sebulan tetapi telah ditinggalkan oleh ibunya dan kini bayi ini telah di tempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bukit Beruntung.
Apalah dosanya anak kecik ini dibiarkan sebegini comel dan mulia oleh manusia yang tidak berhati perut dan tidak berakal ini. Umpama tiada lagi tuhan dan percaya akan qada' dan qadar Allah. Perlu kita sedar bahawa anak ini lahir ke dunia tidak dipinta dan mengharapkan kasih sayang dari kita apabila beliau lahir..tapi nasib tidak menyebelahinya ...beliau telah di tinggalkan oleh ibunya yang bodoh dan tidak berperikemanusiaan.
Bayi ini telah dilahirkan tidak cukup bulan dan beliau baru sahaja berumur sebulan apabila kini beliau ditempatkan di Rumah Kebajikan Masyarakat.
Pengajarannya:
Sebagai makhluk Allah dan sebagai seorang islam yang telah dikurniakan akal dan fikiran oleh Allah s.w.t. maka dengan sebaiknyalah kita perlu menggunakan anugerah dariNYA ini untuk berfikiran secara waras dan rasional. Kalau betul pun tidak mahukan anak tersebut..janganlah ditinggalkannya di tempat-tempat yang tidak bersesuaian....cariklah penjaga yang betul-betul boleh menyayanginya dan mengasihaninya seperti darah daging sendiri melalui saluran yang betul...Tak perlu malu dan takut pada manusia....kerana apabila kita telah melakukan sesuatu dosa..kita tidak pulak ingat akan hukum dan balasan yang Allah akan turunkan pada kita tak sekarang mana tau di lain hari...
Renung-renungkanlah.....
p/s: Ada yang berminat ke pada sikecil ni? ................
2 comments:
Subhanallah...kesiannya.
MasyaAllah...Kesian dia...
Post a Comment