Friday, March 09, 2012

Bayar Mahal Tapi Buat Apa Kalau Makan Sikit


Segala luahan rasa ketidak puashatian terhadap pengurusan sekolah mengenai permasalahan makanan waktu rehat di sekolah anak saya menjadikan saya semakin geram dan sakit hati dengan pengurusan sekolah ni.


gambar hiasan ehsan gugel  

Kantin sekolah ditutup dengan alasan mereka melakukan konsep makan berunsurkan catering yang mana setiap pelajar diwajibkan untuk membayar kos makanan per semester dengan harga RM600 setiap murid (apa gila ke?). Nearly setahun lebih perkara ini berlarutan dan kami ibubapa telah berbuih mulut mencadangkan agar pihak pengurusan sekolah merombak sistem berkenaan kepada sediakala tetapi semua cadangan dan surat-surat kami tidak dilayan oleh pihak pengurusan sekolah.

Setiap semester ada aje alasan untuk menggalakkan student untuk makan di sekolah rather than mereka bawak bekalan dari rumah.  Malahan pihak sekolah membuat undang-undang bagi murid yang membawa bekalan dari rumah tidak dibenarkan untuk bercampur dengan murid-murid yang makan makanan disekolah (how rude). 

Kenapa perlu diasingkan mereka? Kenapa?? 

Wajarkah mereka diasingkan dari murid lain? Dan serasa saya berapa kerat sahaja murid-murid yang benar-benar mengambil makanan di sekolah dan membayar cost makanan berkenaan kerana sebahagian besar dari mereka (murid) membawa bekal yang telah dibekalkan oleh keluarga mereka dari rumah.

Bukannya saya tak bagi mereka (anak-anak) makan di sekolah cuma harga yang dikenakan bagi semester pertama kedua dan ketiga memang agak-agak melampau dan tak masuk akal.  Dengan harga RM600 per semester apalah sangat seorang budak yang berumur 10 & 11 tahun boleh makan. Mereka bukan makan banyak mana pun, lagipun balik rumah dorang fikir dorang boleh makan, cuma situasi di sekolah berlainan mereka makan makanan di situ hanya untuk mengalas perut dan memberi mereka tenaga yang dibuat untuk bekalan sehingga sesi persekolahan tamat hingga ke petang.

Kami sebagai parents dah berbuih mulut mengajukan pertanyaan kepada pihak pengurusan sekolah samaada mereka boleh mengekalkan konsep kantin di sekolah seperti sekolah-sekolah lain tetapi alasan yang kami (parents) terima sungguh tidak munasabah dengan mengatakan kos makan di kantin lebih kurang sama sahaja macam cater makanan seperti yang mereka sediakan..

Susulan atas disebabkan setiap murid dikenakan bayaran pihak sekolah kini telah mempunyai satu blok bangunan sekolah yang sungguh canggih serta mempunyai lif untuk kemudahan para guru serta katanya lagi disitu akan ditempatkan cafeteria, gym, pejabat guru yang baru dan bilik muzik baru.

Adakah duit bayaran makanan itu dilaburkan untuk menampung kos pembinaan blok bangunan sekolah berkenaan?  TAPI kenapa pihak sekolah tidak membuat susulan surat atau memohon sumbangan dari pihak ibu bapa jika perkara berkenaan ingin di lakukan demi kebaikan bersama? Kenapa mesti mereka menipu dengan mewujudkan suatu sistem yang tidak masuk akal yang membebankan para ibu bapa serta menyusahkan murid-murid.

No wonderlah ramai murid-murid mereka yang telah bertukar sekolah ke sekolah lain kini yang mana benar-benar memberikan faedah dan berbaloi pada anak-anak mereka.  Kerana bukan sahaja mencekik darah malahan pihak pengurusan menyukarkan serta menyesakkan dada ibu bapa kepada murid-murid berkenaan.

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

cantik nyer! :)

Aziela said...

Tapi kualiti pendidikannya bagus... Hurm...yang bagusnya, everyday mama kena masak..horeyyy...hehehehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...