Wednesday, June 06, 2012

Adab Memberi Nasihat....


"WOI!! KAU NI HAPA HAH!! TAK FAHAM BAHASA KE!! CAKAP 10 KALI PUN KAU BUAT DERK AJE!!"

"APASAL LAH KAU NI BEBAL DAN DEGIL SANGAT HAH!! LAIN KALI JANGAN BUAT MACAM TU!!"

Adakalanya kita pernah juga mendengar ayat-ayat sebegini keluar dari mulut seseorang yang gambarannya seperti betul-betul marah tak henggat tapi katanya nak memberi nasihat.

Tapi bak kata pepatah biarlah menegur tu ikut adab dan tertib, jangan suka-suka hati menegur orang tanpa bukti dan berasas agar mesej yang disampaikan itu dapat didengari dengan jelas dan inputnya padat.

Selain dari itu intonasi suara juga amat penting bagi menenteramkan orang yang ingin diberikan nasihat itu agar tidak serasa seperti mengarah, mengherdik dan memperlekehkan mereka.

Pelbagai cara boleh dipraktikkan dan disampaikan kepada orang dengan cara yang betul terutaman dalam bab menegur dan memberi nasihat, kerana bukan semua orang boleh menerima apa yang cuba dan ingin kita sampaikan.

Berhati-hatilah dalam menyusun kata dan menegur kawan dan pasangan agar sebarang kejadian dan perkara yang tidak diingini berlanjutan dan diperbesar-besarkan.

7 comments:

- AZIE - said...

setuju sgt kak, kdg2 org memg nak menegur tp xtahu adab, men sebut je sesedap hati diorg..

Eintan Nurfuzie said...

AYAT KEN ALEMBUT TAPI MENUSUK HATI..HEHEH

Reena Sidek said...

betul tu kak... nak menegur pun ada adapnye...
kadang2 tu... kalau menegur guna bahasa yg lembut pun kita boleh terasa... tp kita taklah ambil hati sangatkan...
tp kalau menegur kasar sangat... pedih rasa hati ni... huhuhu

Unknown said...

jarang org amalkan bahasa kita budaya kita....nak marah ikut suka jer..nak tegur ikut suka jgk..smpai ada yg sanggup menjatuhkan airmuka org di dpn khalayak ramai

Aziela said...

True.....

Kaki Wayang said...

Assalammualaikum Kak..Azri ucapkan terima kasih atas kesudian akak sekali lagi untuk terus berkongsi LINK dengan Azri..semoga mendapat manfaat dari apa yang azri cuba kongsikan..sampaikan salam kepada Kak Aziela..ada masa dan jodoh lagi..kita akan bertukar link lagi dikemudian hari..amin..

Semoga mendapat manfaat yer kak...maafkan segala kesilapan dan kesalahan azri sepanjang perkongsian ini...

wahida said...

kan? kot ye pun nak menegur, jagalah air muka kwn tu...huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...