Assalammualaikum...
Selamat berpuasa semua!! How is your weekend? Harap-harap semuanya seperti yang dirancang ye dan pada mereka yang betul-betul memanfaatkan cuti wiken mereka kepada sesi merehatkan diri alhamdulillah pastinya refresh dan ceria hari ini dengan menjalani ibadah puasa pada hari yang ke 13 hari ini.
SEKEJAPNYA
Alhamdulillah.....berlainan bagi kami pula yang mana wiken baru ni kami sekeluarga termasuk keluarga mertua menyambut buka puasa tidak seperti minggu-minggu yang lalu sebabnya pasangan kakak ipar dan abang ipar saya telah dimasukkan ke hospital KPJ Selangor kerana menghidap "Demam Denggi".
BAHAYA
Kasihan mereka berdua tak pasal-pasal kedua suami isteri ini menghabiskan hujung minggu mereka duduk dan tinggal di hospital selama beberapa hari hinggalah ke hari ni.
Kasihan pada anaknyalah sebab bila dah kedua-duanya masuk hospital memang haruslah dia takde siapa nak jaga dan tengokkan, maka tinggallah dia di rumah ibu mertua sementara hingga kedua ibu bapanya sihat dan dibenarkan pulang kerumah.
GET WELL SOON IN LAW KU
Besar harapan saya semoga kedua mereka cepat sembuh dan dapat bersama-sama dengan kami menyambut ramadhan bersama-sama seperti sediakala. Sama-sama kita DOAkan mereka ye!
Yang penting kawan-kawan dibulan ramadhan ni pengambilan air suam/masak/kosong amat PENTING dan haruslah banyak dan makan makanan yang seimbang dan lebihkan sayuran dan buah-buahan. Musim panas dan kering sekejap hujan ni memang confirm bakal mengundang banyak penyakit berjangkit tambahan pula dengar katanya pagi ni indeks bacaan udara kita Malaysia juga kurang baik...JEREBU menyerang kembali....
TAKE CARE
Jaga kesihatan anda di bulan ramadhan ye!
2 comments:
Aduhai...dugaan sungguh. Kesiannya.
assalamualaikum rahmah...semoga cepat sembuh yer...;)
Post a Comment