Wednesday, July 17, 2013

Indahnya Terawih...



Assalammualaikum...


Hari ke lapan (8) kita semua umat islam berpuasa.  Semoga kita sentiasa mendapat pahala yang barakah dan keberkatan di bulan yang mulia ini.  Sedekah dan amal jariah harap jangan dilupakan ye.  

Setiap kali apabila tibanya Ramadhan pastinya dibulan ini ramai yang takkan lepaskan peluang untuk bersembahyang terawih di surau-surau mahupun masjid-masjid.

Seronoknya tak terkata dan umpama seperti bulan ramadhan ini jangan berlalu pergi kan?  Tapi pastinya menjadi suatu kerugian bagi ibu-ibu seperti SAYA yang mempunyai anak kecil.

KENAPA??

Yelah..... dah pastinya saya tak boleh nak menunaikan solat terawih dan merasai akan kemeriahannya di surau atau pun masjid kerana menjaga anak-anak yang masih kecil di rumah... huhuhuhu....bukan tidak boleh dibawa bersama...Insyaallah BOLEH!..tapi semestinya akan menimbulkan kesukaran bagi para ibu bapa yang mana ingin menunaikan solat dan akan terganggu dek kerana kerenah anak-anak yagn adakalanya menangis, berguling-guling, merengek nak tidur dan sebagainya...

Gugel
Jadi adalah lebih baik tidak pergi dari pergi dan mengundang dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti kita menempelak mereka (anak-anak) memukul dan menjadi tidak khusyuk dalam bersolat.

Gugel
Takpelah ye ibu-ibu ... sekurang-kurangnya pengorbanan kita Insyaallah akan mendapat pahala juga dengan menjaga mereka di rumah dan sentiasa membuatkan mereka gembira. Insyaallah jika panjang umur dan ada rezeki dapatlah kita melakukannya pada ramadhan yang akan datang apabila mereka sudah betul-betul faham akan erti kata tidak boleh dan boleh...

HAri Raya bakal menjelma tak lama lagi...adakah anda telah siap menyediakan persiapan anda sekeluarga? Memandangkan sekarang ini ada JUALAN SALE sana sini, so.....JOM TERJAH mana tau boleh dapat diskaun menarik. 

Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa Kawan-Kawan!!




5 comments:

- AZIE - said...

setuju kak..tahun nie dh xberpeluang nak terawih sbb anak kecik. tp sblm2 nie kalo pegi memg rasa mcm terganggu sbb anak2 kecil nie lebih byk buat bising dr solat. Memg bagus kita bg pendedahan awal..tp smpai ganggu jemaah lain,rasa xpatutla mcm tue. kdg2 kita solat..duk lari kat depan..duk tepi main cuit2 dgn member..memg rasa rimas. mungkin budak2 nie boleh letak saf yg blkg sekali..

Fiza Rahman said...

Saat yg paling saya rindukan kak...huhuhu...

Kat masjid wilayah dorang ada sediakan khidmat baby sitter. Tapi jauh lah plak nak gi.

Izwa Kamaruddin said...

betul kak..

Unknown said...

janji niat kita kannnnn hehe

Aziela said...

Tak apa...kat rumah pun boleh terawih. Cuma pahala jemaah jer x dapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...