Wednesday, July 10, 2013

Pulang Awal....


Assalammualaikum...

DAY 1

Biasanya di bulan ramadhanlah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh para-para ibu dan wanita-wanita yang telah berumahtangga untuk pulang awal.


Saya pasti pada anda yang bekerja pastinya anda akan dapat pulang awal pabila majikan memberikan jadual waktu bekerja yang baru untuk memberi laluan kepada para petugas untuk menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna.

Yelah mana taknya dalam setahun hanya sebulan aje kan.  Mesti takkan lepaskan peluang untuk mengejar pahala bukan sahaja dari segi memasak juadah berbuka malahan menunaikan solat terawikh di masjid dan surau berdekatan.


Tetapi standardlah dah namanya Kuala Lumpur pastinya takkan lepas dan lari masalah kesesakan lalulintas yang saban hari menggangu kita semua.  Tak kiralah naik pengangkutan awam atau memandu sendiri pastinya kita semua kalut bergegas pulang kerumah setiap kali ramadhan menjelang untuk mengejarkan masa untuk memasak atau membeli juadah di bazar ramadhan.

Sebelum itu...

Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi tiket percuma untuk menonton persembahan Linkin Park di Stadium Bukit Jalil pada 19 August 2013 ini. JOM!!

Kawan-kawan semua balik pukul berapa??

Selamat Berpuasa 

5 comments:

Aziela said...

Yeay...boleh balik PD...!

RamRamCute said...

@Aziela

oo bestnya balik PD emak masak ye..saya tahun ni kena masak sendiri sebab hasben dh suruh masak dan berbuka dirumah sendiri.huhuhuhuhu...apa nak masak ni awak!!

Intan Akma said...

wah-wah jom kita masak memasak...ke tunggu pengasuh anak hantar makanan surau lagi cam biasa haha..teruk betol

RamRamCute said...

Hihihi..ok jugak tu kema...bolehbj7ga buat tambahan lauk pauk... ish ish ish...UNTUNGLER!

RamRamCute said...

Hihihi..ok jugak tu kema...bolehbj7ga buat tambahan lauk pauk... ish ish ish...UNTUNGLER!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...