Assalammualaikum...
Dian tak diam dah 10 hari kita semua berpuasa...mood nak menyediakan juadah apabila balik bekerja pun dah menemui jalan buntu...TAK TAHU NAK MASAK APA!! Maka penghabisannya lauk di bazaar ramadhan jugaklah yang menjadi menu santapan untuk berbuka puasa kami anak beranak lately ni...
Makan lauk beli ni bukan nya best sangat kawan-kawan, ikut nasib-nasib la..adakalanya lauk tu boleh dimakan..tapi adakalanya lauk pauk tu langsung tak boleh di makan ikut cukup syarat aje..ikut orang meniaga dia pun nak meniaga sama pacak gerai...kualiti dan kebersihan makanan belakang kira..akibatnya orang yang makan tu ada yang terkena keracunan makanan la..muntah-muntah la, lauk basi tak sampai ke sahur la dan macam-macam lagi...
Erm..tapi daripada kita membeli makanan dan juadah di bazaar ramadhan tu lebih baik kita berbuka dengna cara proper di hotel-hotel ke atau restoran-restoran yang menawarkan promosi berbuka puasa. Kos beli runcit-runcit di bazaar ramadhan gedebak gedebuk lebih kurang sama aje takde beza..nak nak kalau beli ayam golek madu ke ayam percik mau dekat RM20-30 ringgit itu belum masuk harga kuih muih, lauk pauk lain dan air tebu ke, air mata kucing ke, air soya ke..mau dekap RM60-RM70 terbang dalam masa satu hari....betul tak?
Maka tak payah nak pening-pening kepala, saya dah decide dengan En Habi mana sempat kitaorang akan masak apa yang ada dalam peti sejuk tu..kalau takde pun paling kurang kami singahlah berbuka dimana-mana aje restoran ke, hotel ke untuk berbuka.
SENANG!! hati tak susah nak fikir menu masakan dan perut pun tak meragam senang nak menunaikan ibadah terawih lepas tu...MALAS nak fikir.
Pada kawan-kawan yang tercari-cari dan masih berfikir-fikir untuk mencari tempat makan berbuka yang menarik boleh jugak cuba dengan senarai-senarai yang saya copy paste ni...
Cubalah...sekali sekala cuti masak apa salahnya ...gathering bersama keluarga tercinta..Time nilah kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga............
SELAMAT BERPUASA!
xoxo
7 comments:
thanks kak ram for sharing, salam jumaat... menarik gak ni, setakat ni memang belum pernah beli lauk lagi dari bazar ramadhan... memang betul tu, masak hari2 otak boleh jam...
@Farah Waheda Wahid
Hihi..akak memang dah surrender memasak bebrapa hari ni Farah..sebab dah tak tau menu apa nak masak ...insyaallah berselang seli lah jugak yang mana done akak grab aje dulu...
Selamat berpuasa!
Tapi nak ke buffet pun kena pilih2 juga. Kadang2 ada yang tak berbaloi dengan harganya. Setakat nasi putih, ayam masak merah dan sayur asam ikan hancur yang cair bair tu....rasa ralat juga. Better survey pengalaman orang lain dulu.
manyaknye..tp cm mahal2 je..hihi
assalamualaikum rahmah....betul la bln puasa ni mmg byk tempat buat buffet ni n harganya pun boleh tahan pada mama eloklah berbuka di rumah ...
Wsalam mama, betul mama.. Walau mcm mana pun selera makan kat rumah aje...
Mira buffet ramadhan ni kalau x cecah RM50 keatas tak sah kan?
Post a Comment