Thursday, July 11, 2013

Nak Jimat Masa Memasak Kita DiBulan Ramadhan?


Buntu nak fikir menu apa nak di masak berbuka puasa petang ni atau hari-hari berikutnya.....Biarpun sudah penat bekerja seharian, sekembalinya di rumah terpaksa pula membuat persiapan untuk menyediakan hidangan makan berbuka dan bersahur.

Kalau saya sudah semestinya berjam-jam di dapur dan for sure memasak mengambil masa yang agak lama dan singkat jika di bulan Ramadhan dan secara tak langsung rutin harian seperti ini pasti memenatkan kita semua. 

Namun tahukah anda, ada tip dan teknik yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan proses penyediaan hidangan lebih cepat dan mudah tapi perlu memeningkan kepala dan duduk berjam-jam di dapur untuk memikirkan apa yang perlu kita nak masak.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum kita nak memulakan aktiviti memasak kita iaitu:- 

Rancang menu

Selalu fikirkan masakan yang hendak disediakan untuk keluarga lebih awal. Perancangan menu yang berjadual dapat mengelakkan andadaripada membuang masa terlalu lama untuk memikirkan menu yang ingin dimasak. Jika anda mempunyai jadual menu harian, pasti setibanya di rumahanda terus dapat menyediakan hidangan dengan serta-merta.

Kisar ramuan

Pastikan kisar terlebih dahulu lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia secara berasingan. Kemudian simpan di dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila anda ingin menyediakan hidangan, anda hanya perlu mengambil bahan tersebut dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa penyediaan hidangan.

Siang ikan dan ayam terlebih dahulu

Pastikan ikan dan ayam yang telah dibeli daripada pasar raya disiang terlebih dahulu dan dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ini dapat membantu anda mempercepatkan proses penyediaan hidangan tanpa perlu membuang masa untuk melakukan pelbagai perkara sebelum memasak.


Kupas kulit

Jika anda tidak gemar mengisar bahan-bahan seperti bawang merah dan bawang putih terlalu awal untuk disimpan di dalam peti sejuk. Jadi anda hanya perlu kupas terlebih dahulu kulit bawang dan cuci bersih. Kemudian toskan dan simpan di dalam bekas berpenutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Ketumbar biji dan jintan biji siap disangai

Bila hari minggu, ada baiknya ketumbar biji dan jintan biji disangai (digoreng tanpa minyak). Kemudian kisar dan simpan di dalam bekas berpenutup. Cara ini akan dapat mengekalkan aroma dan paling utama cara ini dapat membantu anda menyediakan hidangan istimewa dengan lebih cepat proses penyediaannya.


Adakan stok makanan dingin beku

Nugget, kentang, tempura isi ikan burger, karipap dan sebagainya perlu ada di dalam peti sejuk. Menyediakan hidangan ini lebih mudah dan cepat,


Perapan ayam

Jika anda telah merancang untuk menyediakan menu ayam goreng pada esok hari. Sebaiknya pada malam itu anda telah gaulkan serbuk kunyit dan garam terlebih dahulu. Kemudian jangan disimpan di dalam freezer, tetapi letakkan ayam tersebut di dalam peti sejuk sahaja. Jadi setelah pulang ke rumah anda boleh terus menggoreng ayam tersebut dan ia cukup menjimatkan masa.

Mimpi nak jadi Pereka Fesyen tersohor di Malaysia? Apa tunggu lagi, kejar impian anda kat SINI!!

Sharing is Caring!!


xoxo

5 comments:

Unknown said...

thanks untuk share tips nih...mmg ssuai utk pmpuan zmn skang yg bkeje kan

Izwa Kamaruddin said...

good tips kak..

Aziela said...

Beluuum sempat nak praktikkan...huhuhuhu

Farah Waheda Wahid said...

hari hari masak memang boleh jam... tapi nasib dah dapat idea hari ni nak masak apa...he he he he...

maszull said...

assalamualaikum rahmah...betul tu kena sediakn awal2 senang bila nak memasak...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...