Assalammualaikum...
Lamanya tak bersiaran. Blog ni pun kejap ada cerita baru kejap takde sebab tuan tanahnya tak berapa nak semangat nak berblogging semenjak dua menjak ni.
Apapun since baru-baru ni cuti panjang sempena Tahun Baru Cina maka secara lahiriahnya pasti ramai yang menghabiskan cuti cutian anda di pusat pelancongan di serata Malaysia dan luar negara.
Kami sekeluarga memilih destinasi percutian ke Langkawi kali ni. Al maklumlah saya ni seumur hidup tak pernah nak pergi ke Langkawi jadi inilah masanya saya bercuti cutian dengan suami dan anak-anak ditambahkan lagi dengan kehadiran keluarga mertua dan ipar duai.
Ramai sungguh ahli keluarga kami kali ni. Diam tak diam adalah dalam 15orang kami ni.
Percutian dengan menaiki pesawat Firefly kurang lah sikit tahap kepenatannya as compared to memandu sendiri dan masa perjalanan pun dapat dipendekkan dalam satu jam setengah je itu pun bergantun pada pilot yang bawak pesawat tu.
Cuaca di sana memang PHEW!! Teramatlah panas dan berbahangnyalah sampaikan anak anak saya berempat orang ni demam dan selesema lah akibat dari cuaca yang agak panas di sana berbanding KL (chewah macam selama ni duduk obersee).
Hari pertama sampai memang tak ramai orang kerana kami bertolak pada hari Jumaat 8/2/13 memang jalan pun clear sepanjang hari tu sampai ke malam sunyi dan sepi. Tapi bila masuk hari kedua duduk di sana iaitu masuk hari Sabtu 9/2/13 ooooii mak oiii jalan jam ngalahkan KL tak agak agak nak menyusuri Dataran Helang tu. Memang confirm memerlukan kesabaran tahap gaban kerana ramai yang dah masuk ke Langkawi untuk bercuti. Kami dapat sampai ke Dataran pun pada waktu malam sebab siang dah jam malam pun dah sah sah jam jugak.
Tak banyak tempat yang saya pergi huhuhuhu sedih sangat sebab anak anak pun tak sihat dan sikecik pun meragam aje.
Jangan tidak ambil ajelah dan pergi ajelah tempat yang mana patut pun.. Sedih saya.
Tetapi En Habi berjanji akan membawa kami anak beranak semula kesini nanti Insyaallah.... Yang penting semua pun hepi dan enjoy ye tak??