Friday, August 30, 2013

Rumah Terbuka Raya .....


Assalammualaikum.....

Alhamdulillah...seperti tahun-tahun yang sudah rata-rata ramai yang membuat rumah terbuka di sana-sini cuma adakalanya jemputan yang banyak itu tidak dapat dipenuhi dalam satu-satu masa bukan apanya keadaan jalanraya yang sesak hapa benda semuanya amat merumitkan perjalanan terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecik seperti saya. Kalau baby mood baik tak meragam takpelah boleh bawa berjalan-jalan...tapi kalau dah start enjin turbo alarm dia memang mengharukan.

Di kesempatan bulan raya ini pun banyak jugak syarikat-syarikat membuat majlis rumah terbuka yang dibuat khusus untuk client-client yang berurusan dengan mereka.  BERNAMA kali ini tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis rumah terbuka bagi seluruh kakitangan mereka dan juga untuk klien-klien tetap mereka yang mana kali ini berlangsung di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.


Terima kasih atas jemputan anda semua dan kami sebagai anak syarikat datang memeriahkan lagi suasana hari raya dengan aktiviti wajib iaitu "MAKAN".














Thursday, August 29, 2013

Entri Terlambat: Raya Kami........


Hok Aloh!!

Maafkan saya lah kawan-kawan, orang lain dah tamat bercerita pasal hari raya 2-3 minggu sudah saya jugak yang ketinggalan.....tak sempat-sempat nak posting entri raya kami sekeluarga.  Tapi takpelah yang pastinya kita masih dalam bulan raya kan........


Apa pun tahun ni kami sekeluarga beraya di Melaka (rumah mertua) seperti dua tahun yang sudah gambar-gambar yang kami ambil pun masih di posisi rumah yang sama background yang sama tiada perubahan kerana ini adalah rumah singgahan keluarga mertua saya ketika mereka balik ke Melaka so tak banyak yang berubah cuma baju raya aje yang berubah kalau 2 tahun dahulau kami sekeluarga mengenakan kaler kuning so this year kami sekeluarga termasuk ipar duai mengenakan kaler "Biru Turqoise" untuk tema raya kami tahun ini.



Tak banyak sangat gambar yang kami ambil disebabkan mood pun sama macam 2 tahun sudah cuma ada pertambahan ahli keluarga 'baru' iaitu kehadiran anak kami Nur Aizaara Adilla pada tahun ini.


Raya di Melaka first day raya memang agak mengujakan dengan tahap kepanansan yang membuatkan anda seperti ingin ber'lengging' (buka seluar baju pakai singlet) sambil makan-makan tidur-tidur, layan tetamu, pakcik-makcik yagn datang dan kemudian makan aiskrim di bandar...hahahhaha hebat betul raya pertama kami .....raya kedua baru kami beraya sakan kerumah keluarga yang lain dan pulang berhari raya di Kuala Lumpur pula di rumah ibu saya....

Seronok dapat ramai-ramai bersama ahli keluarga yang bukan selalu kita semua dapat berkumpul bersama berkonvoi berhari raya.

Layan ajelah gambar-gambar raya kami....













Maaflah lambat post-up entri ni.....bukan apa mood nak berblogging kelaut memanjang lepas tu asal nak post-up entri aje ada aje kerja yang perlu nak disetelkan..memang dah lama tak bukak blog hanya sempat nak membalas komen-komen anda di sini aje dan belum sempat sangat nak berziarah.

Insyaallah lepas ni ada masa saya start sikit demi sedikit berziarah kerumah anda semua ye.

Maafkan saya!


Zaara First Steps


Assalammualaikum....

Alhamdulillah...seronoknya apabila dapat melihat dan menyaksikan sendiri akan perkembangan anak-anak sepecially yang baru nak melangkah sedikit-sedikit kehadapan.

Nur Aizaara Adilla dah masuk 9 bulan lebih dan beberapa hari ni menampakkan progres yang amat-amat membanggakan.  Dia dah pandai nak melangkah dan memanjat tak kira kerusi atau apa pun janji yang pasti no more crawling....saya paling lemah kalau anak-anak merangkak (memang ianya suatu perkembangan yang bagus) tapi tak tahan bila merangkak tangan tu semestinya kotor lepas tu anak-anak ni bukan tahu erti kotor ke tidak tangan tu mesti nak masuk ke mulut lepas tu dah batuk selsema mengutip benda bukan-bukan sebagai ibu yang ada anak-anak lain sudh pastinya saya tak boleh nak menumpukan sepenuh perhatian saya pada beliau yang merangkak tak sudah...kerja lain pun harus dilangsaikan.

Yang pastinya kini saya amat sangat berpuas hati. Alhamdulillah Zaara dah melepasi fasa itu dankini telah berjalan...giginya pun dah tumbuh dua batang dibahagian bawah hadapan.  COMEL...

Syukur sangat dan seronok menjadi ibu biarpun penat dan lelah kita sehari-hari melayan kerenah suami dan anak-anak lain memang terbayar dengna kerenah dan keletah mereka semua.

Anda pun pasti begitu?


maaf kualiti gambar kurang menarik dan terlaju la pulak video ni...
anak saya jalan takdelah laju macam tu hehehehe....

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday #84

Assalammualaikum....


Sharing Is Caring!!

xoxo

Thursday, August 15, 2013

Happy Birthday Anakku!!

11 tahun berlalu pergi tanpa kusedari...
Kasih yang kuberi tiada galang ganti...
Hidupku kelam tanpa hadirmu...
Kaulah penyeri hidupku..
Sakitmu sakitku juga...
Gembira dan ceriamu mengatasi penat dan lelahku mencari rezeki...
Dihari lahirmu ini... Tiada apa yang mampu ibumu ini lakukan hanya titipan rasa dan kasih diluahkan tanpa berbelah bahagi padamu dan adik2 yang lain..
Semoga dikau menjadi manusia yang berguna pada agama dan ibubapa...
Selamat Hari Lahir Buat Anakku... 

Muhammad Afiq Haikal



Wednesday, August 14, 2013

Wordless Wednesday #83


Assalammualaikum....

Hari Rabu yang paling mudah untuk membuat entri....

Hanya tempekkan gambar dan........

TAFSIRLAH SENDIRI!!


PERINGATAN:

Jaga tutur kata dan saling hormat menghormati atas setiap pendapat dan kata-kata kita kepada orang lain sebelum kita memintas serta memberi cadangan hingga mampu mengguris perasaan seseorang itu.

Sharing is Caring!

xoxo



Tuesday, August 13, 2013

Wordless Wednesday #82


Assalammualaikum....


Sharing is Caring!!
 xoxo




Back To Normal Routine Life

Assalammualaikum....

Kembali bersiaran sekali lagi...mood malas dan beku masih menghantui kepala dan tak berapa nak segar dalam melakukan tugasan di pejabat. MALAS....MALAS...DAN MALAS.....

Ntah bilalah mood nak kembali seperti sedia kala. Pastinya kini ramai warga KL sudah pulang ke rumah masing-masing dan ada yang masih bercuti makan makan biskut dan kuih raya malahan ada yang masih beraya lagi mengahbiskan cuti tahun berziarah sanak keluarga disana sini.

Dikesempatan ini ....Sepuluh jari disusun memohon Maaf dari anda semua kawan blogger secara sedar atau tidak didalam setiap penulisanku...semoga anda semua berbahagia di hari raya bersama keluarga dan insan tersayang....

Masih didalam mood Syawal... maka pada yang bercuti Berhati-hati memandu dan pulang berhari raya. Patuhi semua undang2 yang telah dihadkan.

Salam Syawal dari Kami Sekeluarga.

Sunday, August 11, 2013

Jana Income Dengan Mendaftar di 8 Share


ENTRI MELEKAT

Assalammualaikum....

Terpanggil untuk membuat entri kali ini mengenai laman pengiklanan 8 Share.  Cara mudah tepat dan pantas untuk menjana pendapatan anda.  Tak perlu mengeluarkan tenaga dan wang. 

Hanya dengan mendaftarkan nama anda dan pilih iklan-iklan yang anda minati untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan anda yang lain tidak kiralah di dalam Facebook, E-mail ataupun melalui blogging.

Setiap pendaftaran baru anda akan menerima RM1.00 dan setiap klik iklan yang anda paparkan tidak kira dimana-mana tempat di atas akan mendapat RM0.20.

Mudah kan?? So apa nak ditunggu lagi..JOM sertai kami di 8 Share




Once anda telah menekan pada link berkenaan anda akan menemui skrin paparan seperti ini...



Maka selepas itu anda haruslah menekan kotak yang bewarna oren berkenaan untuk mendaftar ye


(Join bla-bla-blub-blub on 8Share now!)


Dan selepas itu anda akan menemui paparan ini untuk langkah pendaftaran seterusnya...


Lengkapkan butiran anda dan terus menekan kotak kuning "Create my account".

Tunggu pengesahan daripada admin 8 Share melalui e-mail yang anda daftar 

Seterusnya "Verified" untuk "Activation" akaun anda.

Mudah kan??

So apa tunggu lagi...senang nak dapat duit dengan hanya berkongsi iklan di page-page personal anda atau di setiap blog entri anda.





Monday, August 05, 2013

Tips Untuk Diri Sendiri....



Assalammualaikum.....

Dalam kemeriahan sambutan hari raya, pelbagai persiapan hendak disediakan. Namun jangan terlalu asyik membeli-belah untuk persiapan raya, nanti ada juga yang masuk dunia 'poket kering'. 


Kita perlu merancang perbelanjaan agar tidak berbelanja melebihi daripada kemampuan. Berikut saya ingin kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada membazir dan 'pokai' selepas raya...hehehehe....

  • Beli sepasang sahaja baju raya (jika mampu/kalau tahan godaan), kalau tidak mampu, sediakan baju yang paling baru untuk dipakai di hari raya. Begitu juga untuk anak-anak, sepasang sahaja cukup-cukup.
  • Sediakan sejenis atau dua jenis kuih raya ikut keperluan berdasarkan tahun-tahun lepas sebelum ni. Kadangkala didapati kuih raya sekadar hiasan sahaja, langsung tidak disentuh oleh tetamu kerana selebihnya kita suka menjamu orang makan makanan bermasak fresh-fresh.
  • Langsir, sofa, bunga dan pasu-pasu dalam rumah masih boleh digunakan. Tidak ada keperluan menukar yang baru! Apalah salahnya beraya dengan langsir lama, pahalanya tidak berkurangan kan?
  • Bukan satu kewajipan untuk kita ke pusat membeli belah kalau sekadar untuk melihat-lihat ataupun membeli barangan sekiranya murah kerana walaupun murah tetapi tidak perlu, jadi tidak seharusnya dibeli kerana ini adalah pembaziran.....tak gitu?
  • Kalau ada duit lebih, banyakkan sedekah kerana itu tuntutan di bulan Ramadan dan amalan sambutan Aidilfitri..... Yang ini HARUSSSS......
  • Peruntukan duit raya pun kena jugak berkurangan disebabkan kos bagi menampung perbelanjaan selepas raya...
Perancangan perlu ada di dalam setiap berlangsungnya sesuatu perayaan agar budget kita tak 'burst' dan akibatnya memudaratkan diri kita.  Nak mengikut kehendak dan keselesaan kita memang semuanya kita mahu cuma SELEPAS itu nanti agak payah nak menangung.

Oleh itu sama-samalh kita ingat-mengingati sesama kita ye.

Selamat Hari Raya!

Friday, August 02, 2013

Apa Punya Iklanlah....

Assalammualaikum....

Pengiklanan memang amat penting bagi sesebuah syarikat untuk mempromosi barangan/produks mereka tak kiralah di dalam tv mahupun menerusi media cetak dan laman sesawang.....TETAPI biarlah kena dengan caranya....

Ini kalau dah iklan penuh dengan unsur-unsur keLUCAHan mana nak datang baiknya.
Adakalanya kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih serius daripada perkara sebegini terus berlarutan untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

Memandangkan Malaysia sebuah negara Islam dan bertamadun maka sebaiknya para pengusaha produk kesihatan perlu lebih berSOPAN dalam mengeluarkan sebarang statement dan gambar gambar agar tidak terlalu keterlaluan hingga mengundang pelbagai permasalahan sosial yang semakin membimbangkan dikalangan remaja dan masyarakat di Malaysia kini.

BANTERAS!!

Thursday, August 01, 2013

Tak Susah Nak Kenal....


Assalammualaikum...

Alhamdulillah...bertemu lagi kita semua dalam ramadhan yang ke 23.  Tak suka dan sedih aje apabila mendengar di corong-corong radio berkumandang hebat lagu-lagu raya saban hari  bersilih ganti menandakan raya dah nak dekat....huhuhu.sedihnya...

Amalan belum cukup ada yang lompong-lompong dan insyaallah jika diberikan umur yang panjang tahun hadapan nak melunaskan apa yang tertunggak di tahun ini contohnya pergi sembahyang terawih, solat subuh di masjid, qiyamulail dan sebagainya.  Hanya menunggu masa si kecik ini besar dan boleh memahami kata-kata kita untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA secara keseluruhannya seperti tahun-tahun yang lalu.



Sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini terlalu banyak perkara dan kejadian yang saya lihat dan ketahui dan untuk mengenali peribadi seseorang itu juga tak susah...hanya di dalam bulan ramadhan ini sajalah kita dapat mengenali pe'el dan perangai manusia-manusia sebenar tak kiralah sesiapa sahaja termasuklah diri saya sendiri.

Saya bukanlah sesempurna manapun untuk terus berkata-kata......tetapi nampakkah kita apabila kesabaran, kejahilan dan keikhlasan dari dalaman kita jelas terpancar di dalam bulan ini.  

Dahulu arwah bapa saya selalu cakap "kalau nak tengok perangai manusia ni elok ke tidak...perati mereka dalam bulan ramadhan".  Kini saya telah pasti dan mengenali dengan jelas akan kata-kata arwah bapa saya tu....pelbagai reaksi, personaliti dan perangai yang kita tunjukkan tanpa sedar yang mana kita perlu tahu "Itulah Diri Kita Yang Sebenar" tanpa perlu ada syaitan yang menghasut atau unsur-unsur negative lain yang menginfluence diri kita..tak kiralah ketika memandu di jalanraya, ketika membeli-belah barangan persiapan hari raya, membeli juadah untuk berbuka, melakukan tugasan harian kita, menjaga adab dan sopan kita, temper kemarahan kita, membuat amal kebajikan kita.........segalanya boleh terkeluar dengan sendiri tanpa kita sedari di dalam bulan ini di mana bulan yang menduga keimanan kita sebagai umatNYA.

Alhamdulillah dan Insyaallah...jika niat kita satu hanya kerana Allah s.w.t. pasti ianya akan dipermudahkan dan diredhai dan yang pastinya semua perlakuan itu haruslah dikawal dan perbanyakkan muhasabah diri serta tawaduk semoga kita semua tidak terpesong dan dapat mengawal diri kita semua dengan baik.


Sharing is caring!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...