Thursday, October 10, 2013

Nasi Kangkang??


Jangan terkejut kalau di zaman moden dan canggih ini masih terdapat golongan yang pendek dan cetek ilmu agama serta tak takut dosa melakukan perkara-perkara yang diluar batasan serta kemampuan akal dan fikiran manusia.

Semuanya hanya kerana sifat dan perasaan hasad dengki dan benci bersarang dalam jiwa mereka terhadap orang lain yang lebih maju, berjaya dan berkemampuan dari mereka.
 
Seringkali perkara-perkara tahyul dan khurafat menjadi solusi bagi mereka yang pendek ilmu dan cetek ajaran agama untuk memuaskan nafsu dan dendam mereka.
 
Pinjam Cik Gugel

Akibatnya mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.  Ada sesetengah mereka yang menjadi mangsa menjadi pesakit bertahun-tahun lamanya hingga keakhir hayat mereka.
 
Jika diketahui dengan segera mungkin pelbagai kaedah ubatan tradisional boleh diubati bagi mengurangkan serta memulihkan pesakit berkenaan tetapi jika ianya telah menjadi darah dan daging maka segala jenis perubatan moden dan tradisional tidak menjadi sebarang efek pada si pesakit.
 
Antara paling banyak dan paling ditakuti oleh kaum lelaki kini ialah "NASI KANGKANG".
 
Masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga.
 
Banyak drama-drama melayu memaparkan akan kisah masyarakat yang banyak memberikan pengajaran kepada si penonton.  Tak kurang juga yang menjadikan cerita berkenaan sebagai suatu inspirasi bagi mereka untuk melunaskan dendam dan perasaan amarah mereka.
 
Sejauh manakah kita mengenali asal-usul cerita khurafat ini...bergantung pada penerimaan kita.  Ada sesetengah percaya dan ada sesetengah yang terlalu URBAN tidak percaya akan kewujudannya.
 
Allahualam..moga-moga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka dan perkara buruk sebegini dari terjadi.
 
 
 
 
 
 
 


3 comments:

Unknown said...

MasyaAllah.

ayunidati said...

Moga kita dujauhkan . Nauzubillah...

diari farisha said...

masih ada yg amalkan walaupun tahu ia berdosa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...