Saturday, October 12, 2013

Dilema Jodoh Pilihan


Kalau orang dulu-dulu keputusan untuk memilih jodoh suami atau isteri terletak di tangan ibu dan bapa.  Kalau kedua ibu bapa kita suka akan wanita/lelaki itu maka jadilah ikatan sebuah perkahwinan itu.

Berbeza pulak zaman sekarang ni ..yang mana semua pilihan adalah mengikut si tuan punya badan. Keputusan ibu bapa belakang kira janji si anak dah berkenan, cinta dan sayang dengan pasangan mereka.

Janji diikat walaupun adakalanya ibu bapa tidak berapa berkenan dengan calon menantu pilihan si anak dengan harapan si anak gembira dan berbahagia hingga ke akhirnya bersama pasangan.

Rata-rata kalau dilihat trend perkahwinan zaman sekarang ni ...tempoh perkahwinan yang singkat lebih banyak terjadi dengan pengakhiran kepada perceraian atas alasan tiada persefahaman dengan pasangan mereka.  Antara alasan lain yang sering mereka kaitkan ialah dengan adanya hubungan dengan pihak ketiga, jurang perbezaan dari segi darjat dan harta, tiada tolak ansur, ego dan sebagainya.

Seringkali kita lihat pasangan ini merupakan pasangan yang masih muda dan masih baru melayari bahtera perkahwinan yang masih belum mencecah 4-5 tahun usia perkahwinan mereka.

Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita rasa bahagia dengan pilihan kita sekarang?

Bagaimana dengan ibu bapa kita pula?  Adakah mereka juga merasakan seperti kita?




 

2 comments:

Zawiah said...

zmn sekrg ibu bapa lbh sporting dan bersikap terbuka kerana mereka sedar anak mrk yg akan mengharungi kehidupan itu ... bahagia , derita , itu pilihan mereka ...

RamRamCute said...

@Zawiah

setuju tu! dh sudah kahwin sendiri tanggung..mereka (ibubapa) takkan membantah pilihan anak2 mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...