Friday, October 04, 2013

Semua Dah Naik Mereka Pun Nak "Naik" Juga...

Kalau dah semua barang, minyak dan rumah naik harga ...mereka pun nak 'naik' pangkat juga.

Apalah salahnya....timbang-timbangkanlah permohonan mereka Pak Menteri.

TETAPI....

Suara dan pendapat dari rakyat adakalanya harus didengari dan dipertimbangkan. Akan tetapi kalau dah minta banyak kenaikan adakalanya skop serta tanggungjawab dalam tugasan yang diberikan pun perlu ada dalam mencapai KPI serta melancarkan perjalanan sesebuah organisasi tak gitu?

"Kangar: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penyandang jawatan itu merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Cuepacs telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.

Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan Cuepacs selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan.

"Lebih diharapkan agar perkara ini dapat diketahui semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan bajet negara pada 25 Oktober akan datang," katanya. Omar berkata Cuepacs juga turut mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelulusan pinjaman perumahan kepada kakitangan perkhidmatan awam mengikut harga rumah, bukan mengikut tangga gaji mereka dengan kadar faedahnya dikurangkan kepada satu peratus berbanding empat peratus sekarang.

Langkah itu dapat mengurangkan bebanan kakitangan awam yang membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin meningkat, katanya.  Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau berkata Cuepacs amat terkejut dengan laporan itu kerana ia meletakkan imej negatif kakitangan perkhidmatan awam yang lemah menjalankan tugas sehingga membazirkan wang kerajaan.

Sehubungan itu beliau berharap segala kelemahan oleh sebarang agensi sebagaimana yang didedahkan dalam laporan berkenaan dapat diperbetulkan segera supaya perkara itu tidak berulang dalam laporan tahun 2013 akan datang. BERNAMA"


6 comments:

Kakcik Seroja said...

Yang bekerja, walaupun banyak hutang (kakcik la tu) sekurang2nya masih ada pendapatan. Bagaimana mereka yang tiada pendapatan sedangkan keperluan kehidupan amat menekan...

RamRamCute said...

@Kakcik setuju sangat tu kak cik..kita yg bekerja amat terasa akan kenaikan di sana sini..inikan pula mereka yg tidak bekerja dan bergaji kecil.....taraf hidup semakin tinggi...

maszull said...

assalamualaikum rai...yer la kesian kan kalau ada sesetengah org yg berpendapatan kecik...barang skg ni makin mahal tapi gaji x juga naik2...;)

Unknown said...

saya sedang menerima nasibnya
nak wat pinjaman susah nak lepas
haih haih

Zawiah said...

tak saba nak tggu pembentangan belanjawan aka budget 25 oct nanti ...

wahida said...

suara rakyat kadang2 patut dorang dengar...huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...