Thursday, October 31, 2013

Bersyukurlah.....


Gugel
 
Sebagai seorang hambaNYA dan manusia yang lemah selemahnya ... kita tidak pernah lari dari sikap kurang bersyukur atas setiap pemberian yang telah diberikan oleh yang maha esa.
 
Termasuklah diri ini seringkali lupa dan lalai akan kelebihan dan ketetapan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
 
Akan tetapi pernahkan kita berfikir dan bermuzakarah pada diri sendiri tentang "barangsiapa yang tidak mau bersyukur dengan segala nikmat Allah, maka sesungguhnya ia telah menunjukkan kepada hilangnya sebuah nikmat, dan barangsiapa yang telah bersyukur dengan segala nikmat itu, maka ia telah mengikatnya dengan suatu tali nikmat tersebut."
 
Apabila manusia mahu mensyukuri akan nikmat Allah SWT., maka Allah akan menambah nikmat-Nya, dan apabila manusia itu tidak mahu berterima kasih kepada nikmat-Nya, maka sesungguhnya Allah akan mencabut dan juga mengurangi nikmat dari manusia tersebut sebagai hukuman atas kekufurannya, sebab sudah ditegaskan di dalam Al-Qur'an, sebagaimana dengan firman-Nya: 
 
Ertinya : ''Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmat)-Ku, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih". (QS. Ibrahim : 7). 
 
Manusia pada umumnya adalah mempunyai sifat lalai dan khufur... mereka tidak menyedari bahawa nilai suatu nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada dirinya. Maka dia baru terasa apabila... nikmat itu dicabut dari dirinya, maka dia barulah merasakan dan menyedarinya, contohnya adalah nikmat berupa kesihatan jasmani, kesihatan rohani, penampilan diri, jodoh ketetapan ilahi, perkara yang dilalui.
 
Apabila Allah telah menariknya satu persatu maka barulah seseorang itu akan perasan dan menyesali akan kesilapan dan kealpaan diri mereka.
 
Semoga kita sentiasa menSYUKURi atas segala pemberian dan anugerah yang telah diberikan dengan penuh berlapang dada.
 

9 comments:

Fiza Rahman said...

SAya bersyukur dgn apa yg saya ada.

Izwa Kamaruddin said...

sentiasa bersyukur dan tunduk ke bumi..

Farah Waheda Wahid said...

betul tu kak, siapa yang tak tau nak bersyukur dengan yang sedikit pasti tak tau nak bersyukur dengan yang banyak...sangat2 betul...

nazayiena said...

Semoga kita tergolong dlm hamba2 yg sentiasa bersyukur.

uncle gedek said...

Syukran.!!!

Vee said...

syukur , alhamdulillah .

maszull said...

assalamualaikum rahmah...inshaAllah moga dipermudahkan semuanya...:)

mahmud thalut said...

Assalam
Semoga dapat bersyukur dalam senang dan susah. Insyaallah.

Aziela said...

Apabila ada yang selalu komplen dengan apa yang dia ada, kita tahu yang dia lupa bersyukur untuk ketika itu. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...