Thursday, July 05, 2012

Betapa Kerdil dan Berdosanya Aku....


Assalammualaikum semua...



SALAM NISFU SYAABAN....


Pasti ramai yang melakukan ibadah berpuasa bersempena dengan nisfu syaaban dan sekali harung membuat puasa sunat bagi melunaskan hutang-hutang yang tertunggak pada tahun-tahun yang lepas...Insyaallah begitu juga saya.

Pada hari ini ingin saya kongsikan bersama dengna rakan-rakan blogger yang saya kasihi agar kita semua sama-sama mendapat keberkatan dan keredaan dariNYA.

Saya pasti ramai di antara anda kawan bloggers yang telah memiliki dan membaca buku ilmiah ini.  Intipatinya cukup-cukup membina dan bermanafaat serta menginsafkan kita akan betapa besar akan kebesaran ilahi hingga tanpa sedar kita mengalirkan air mata pabila membaca serta menginsafi akan kelalaian diri kita yang terlalu mengejarkan kehidupan di dunia yang fana ini.

Pada kawan-kawan yang berminat silalah dapatkan buku ini dipasaran.  Memang cukup memuaskan hati dan sekaligus membuka mata dan minda kita agar lebih positif dan percaya akan kebesaran dari yang Esa.

Yang pasti, Janji Allah itu benar belaka! Syurga Neraka itu benar! Balasan pahala dan dosa itu benar!  Cubalah miliki dan kita akan ketahui sejauh mana kita lalai dan leka di dalam kehidupan seharian kita.

Sinopsis buku:-


Sebuah lagi buku istimewa dan menginsafkan yang mesti anda miliki. Terdapat 23 buah cerita menarik dan setiap satunya berkisar kepada pengalaman-pengalaman aneh, menakutkan serta menginsafkan yang dilalui oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya.

Dalam mengharungi kehidupan ini, ada di antara mereka yang memilih jalan ke kiri, sebahagian lagi memilih jalan ke kanan. Tidak kurang juga yang memilih jalan bersimpang siur, hingga akhirnya tersesat dan tercari-cari jalan pulang. Mereka ini mencari-cari jalan ke syurga namun sayang, ramai yang tidak menjumpainya.

Sebahagian daripada kisah-kisah menginsafkan ini pernah disiarkan oleh majalah Mastika, manakala sebahagian lagi adalah cerita-cerita baru yang dipaparkan khas untuk buku ini.

9 comments:

fizafantagirO said...

Macam menarik buku ni kak , i'allah nanti sy cari dan baca :)

Rahmah Ram Ram said...

@fizafantagirO

memang menarik fiza...

nanieybarnieylurviey said...

kena beli nih!!! :)

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah...

:: Mrs.Eady :: said...

alhamdulillah...

wahida said...

salam nisfu syaaban kak...
saya nak mintak maaf sepanjang kita kenal ni kak...

MAY said...

salam nifsu syaaban..

tak dpt bt puasa sunat sekarng ni..keadaan badan tak izinkan..

*ari ahd tu ada bleeding sikit..tp hosp bg asid folic je..bl g klinik private baru die bg ubt kuat rahim tu..

Mrs Lurve said...

belum baca ag buku nie, nti kalo jumpa mesti beli..sbg panduan dan muhasabah diri

[wani_mn] said...

Betul. Tak rugi bli buku ni. Sgt menginsafkan. Kdg2 terpikir, diri ni masih tiada perubahan sdgkn mereka yg jahil suatu ketika dulu kini lbh baik dari kita. Allah.. Suka baca kisah sham kamikaze :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...