Assalammualaikum.....
Sesungguhnya kita dilahirkan dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita hanya diberi satu mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.
Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang lain.
Selamat menjalani tugasan dan sentiasalah berfikiran positif dan bersederhana di dalam sesuatu perkara selain melalui setiap perkara itu dengan sentiasa memanjatkan kesyukuran keatasNYA. Insyaallah kita akan mendapat keredaanNYA.
Amin....
6 comments:
True
seperti pepatah kan -kerana mulut badan binasa , kerana mulut saudara blh jadi musuh , kerana mulut masyarakat boleh berpecah ..
hidup mesti ada fokus dan matlamat !! kalau takde mula lah kiat hilang arah tujuan..
setuju dgn rakan2 yg di atas.
Kamu telah di beri sepasang mata,satu lidah,dua bibir,dua tangan dan dua kaki.
"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak kamu dustakan? (Ar-Rahman:13)
kata-kata lebih tajam dr mata pedang...waspada ketika menuturkan kata2.. kata2 bisa melukakan
amin...
minta2 dijauhi mulut kite yang kekadang terlepas bercakap ni. @_@
*kak, kalau syieda ada salah cakap (type) maaf kan syieda ye?
Post a Comment