Assalammualaikum...
Kalau dibaca tajuk entri tu memang macam mengalahkan sinopsis novel kan? Tapi abaikan aje tajuk yang over tu kerana hakikatnya sekarang kita sebagai manusia memang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan dari kesilapan itulah adakalanya sesetengah orang sukar untuk memaafkan kesilapan yang telah kita lakukan.
Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda. Mohonlah keampunan kepada Allah untuknya dan sikap itu membuatkan anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah.
Jika anda disakiti bererti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekali gus diberikan kemudahan oleh Allah. Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar dan memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan keampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sihat, indah dan membahagiakan.
Memaafkan bukan mudah selagi anda bernama manusia yang fitrahnya berteman khilaf, selalu kalah dengan ujian Allah SWT. Tidak mahu mengaku kalah sedangkan Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.
Jangan ingat yang membuatkan anda terluka itu kejam, sebaliknya anda lebih zalim kerana tidak mahu memaafkan.
6 comments:
saya pemaaf org nyer kak walaupun habis terluka..
Memang kak..
Memaafkan tu tak mudah..
Kadang kita maafkan.. Tapi rasa sakit dan luka tu susah nak lupa...
Saya masih tak mampu nak memaafkan orang yg dah hancurkan kebahagiaan saya. Dia gembira...saya...derita. Tak per, balasan dari allah itu pasti.
People will forgive but not to forget. Pada saya...susah nak meaafkan apatah lagi melupakan.
@:: Mrs.Eady ::
takpe..insyaallah kelukaan kita pastinya akan berbalas dengan kemanisan...
@AyueJean AJ
sis pun camtu gak AJ..teringat2 sampai bila2...huhuhu..
@Fiza Rahman
Insyaallah fiza..setiap pengorbanan dan kelukaan itu pasti ada hikmahnya dan Insyaallah pasti akan di balas dengna kemanisan...
Post a Comment