Assalammualaikum...
Terpanggil untuk berkongsi artikel pada mereka yang masih tertanya-tanya dan gusar akan perkara-perkara yang harus dan tidak patut dilakukan khususnya apabila kita menziarah kubur.
Kebiasaannya ramai yang melakukan amalan menziarahi kubur sanak saudara mahupun ahli keluarga pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Sesungguhnya amalan menziarahi kubur boleh membawa keinsafan kepada kita, mengingatkan kita kepada mati dan kekuasaan Allah S.W.T. Namun jika dilihat dari sudut perspektif lain, fenomena ini lebih menjurus kepada pemilihan hari tertentu untuk melawat kubur iaitu dilakukan pada musim hari raya.
Yang menjadi persoalan, wujudkah hukum membenarkan hari tertentu ziarah kubur atau ia disebabkan budaya kita sendiri?
Tidak ada dalil yang mengatakan perlu ziarah kubur pada sekian-sekian waktu. Ziarah kubur tidak mempunyai waktu-waktu tertentu. Bila-bila masa sahaja boleh ziarah kubur. Yang dapat kita simpulkan ialah dengan menziarahi kubur sebenarnya untuk kita ingat mati. Ini kerana apabila berada di kubur, ia akan memberi perasaan untuk mengingati orang yang telah mati, seterusnya mendoakan serta memohon rahmat dari Allah.
Hakikatnya golongan wanita tidak digalakkan untuk ziarah kubur kerana dibimbangkan boleh mendatangkan fitnah atas sebab berlakunya perkara yang haram antaranya seperti meratap pemergian orang tersayang, menyalahkan takdir dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang, berpakaian tidak sopan dan tidak menghormati kawasan kubur. Sekiranya perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan, maka hukumnya adalah haram. Ziarah kubur adalah sesuatu perkara yang baik apatah lagi ia dapat mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi larangan Nya.
Sekiranya dilihat secara umum, ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada hari-hari tertentu. Masyarakat tidak seharusnya atau tidak wajar mengkhususkan pada hari hari tertentu umpamanya hari raya untuk menziarahi kubur. Ini sebenarnya sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita dan sepatutnya kita singkirkan. Sebaliknya ziarah kubur secara berterusan akan membawa kepada kebaikan.
SHARING IS CARING
8 comments:
terima kasih utk perkongsian kak :) seamat berbuka :)
Assalamaualikum....
Kubur hanyalah sebagai tanda....jasad di kebumikan untuk di tunjukkan pada anak cucu cicit...
Yang penting.........Doa anak yg soleh dan selehah tu....
@fizafantagirO terima kasih fiza...selamat berbuka :-)
assalamualaikum rahmah....mekacih menarik info yang diberikan ini...:)
time kasih utk pkongsian ini:-)
perkongsian yg bagus kak... terima kasih...
Betul.. Nak ziarah kubur bila2 masa pun boleh ziarah.. Tapi persepsi orang sekarang, ari raya baru nak berebut jenguk kubur waris2..
Perlukah kita menziarahi kubur 7 hari berturut2 dari hari jenazah di sempurnakan dan apakah hukumnya?
Post a Comment