GADUH??
Itu dah lumrah!! Setiap pasangan, tidak kira lelaki dan perempuan setiap kali apabila mereka bergaduh atau berselisih faham mesti salah seorang akan berkata "SAYA BENCI AWAK", "SAYA TAK MAU TENGOK MUKA AWAK LAGI", "JANGAN CARIK SAYA" dan macam-macam lagilah.
Selama mana pun kemarahan anda terhadap pasangan selama itu jugalah hati anda menjadi cair. Bagi pasangan yang belum berkahwin waktu recovery inilah yang dikatakan kemuncak mood swing yang menjadi begitu hebat akibat dari si dia tidak menelefon dan menghindari panggilan anda selama anda bergaduh.
Saya pun sebagai manusia tidak lepas dari berselisih faham dengan En Habi, tapi tak selama mana marahnya. Sebab En Habi bukanlah seorang suami yang suka membiarkan sesuatu perkara itu menjadi lama dan berterusan selama berhari-hari baik sebelum berkahwin mahupun selepas kahwin. Tetapi terfikir juga, selama mana En Habi akan bertahan dengan karenah saya si Isteri, kerana pengakhirannya saya akan tetap beremosi dan ego apabila dipujuk.
Begitulah indahnya hubungan sesebuah pasangan. Tidak kira suami isteri mahupun pasangan bercinta. Dugaan bagi setiap hubungan itu penuh dengan keindahan dan kesedihan. Pokok pangkalnya diri kita sendiri yang mencorakkannya.
0 comments:
Post a Comment