Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

Dilema Jodoh Pilihan


Kalau orang dulu-dulu keputusan untuk memilih jodoh suami atau isteri terletak di tangan ibu dan bapa.  Kalau kedua ibu bapa kita suka akan wanita/lelaki itu maka jadilah ikatan sebuah perkahwinan itu.

Berbeza pulak zaman sekarang ni ..yang mana semua pilihan adalah mengikut si tuan punya badan. Keputusan ibu bapa belakang kira janji si anak dah berkenan, cinta dan sayang dengan pasangan mereka.

Janji diikat walaupun adakalanya ibu bapa tidak berapa berkenan dengan calon menantu pilihan si anak dengan harapan si anak gembira dan berbahagia hingga ke akhirnya bersama pasangan.

Rata-rata kalau dilihat trend perkahwinan zaman sekarang ni ...tempoh perkahwinan yang singkat lebih banyak terjadi dengan pengakhiran kepada perceraian atas alasan tiada persefahaman dengan pasangan mereka.  Antara alasan lain yang sering mereka kaitkan ialah dengan adanya hubungan dengan pihak ketiga, jurang perbezaan dari segi darjat dan harta, tiada tolak ansur, ego dan sebagainya.

Seringkali kita lihat pasangan ini merupakan pasangan yang masih muda dan masih baru melayari bahtera perkahwinan yang masih belum mencecah 4-5 tahun usia perkahwinan mereka.

Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita rasa bahagia dengan pilihan kita sekarang?

Bagaimana dengan ibu bapa kita pula?  Adakah mereka juga merasakan seperti kita?




 

Thursday, August 30, 2012

Adab Menjemput Biarlah Ikhlas....


Assalammualaikum....

Masih dalam mood syawal dan ada juga pasangan yang tengah sibuk menguruskan majlis pertunangan dan ada juga pernikahan dan persandingan di bulan-bulan syawal ni...

Zaman teknologi canggih sekarang tak perlu bersusah payah menggila-gila menguruskan persandingan, pertunangan atau pernikahan kerana semuanya boleh diuruskan oleh jururunding yang telah di tentukan hanya wang dan tema aje yang perlu di berikan untuk mendapatkan apa yang diingini oleh pengantin.

Tetapi yang tak sedapnya ada juga pasangan yang mengambil sikap mudah dan tidak menitik beratkan hal kekeluargaan hingga ada yang menjemput saudara-mara atau ahli keluarga terdekat dengan hanya menggunakan jemputan secara online email, sms  dan telefon aje dengan alasan sibuk menguruskan persiapan perkahwinan.... ????????

Mewar-warkan akan perihal perkahwinan tu bukan ke elok dan di tuntut dalam islam...tetapi islam tidak menyuruh kita memilih bulu dan orang untuk siapa dan tidak datang bertandang atau menjadi tetamu jemputan anda malah jauh sekali dari sifat riak dan suka menunjuk siapa paling hebat dan gah menjadi raja sehari atau siapa bakal menantu kita itu (somebody kedato', tan sri, datuk paduka.....mati sama juga masuk dalam kubur kan....)

Yang menghairankan lagi bila dah pengantin sibuk nak kahwin takkanlah emak bapak pengantin tu pun sibuk juga dan tak mampu nak bertandang menjemput mulut tetamu-tetamu jemputan.  Jikalau mewakilkan orang lain dan tidak berapa nak mengenali tu tak mengapa... ini dah menjadi ahli keluarga dan darah daging tetapi masih boleh mengambil sikap remeh dan temeh tanpa mengira adab dan sopan.

Mana hilangnya adab dan warisan yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dahulu.  Takkan hanya menganggap dengna menghantar email dan sms jemputan perkahwinan menandakan anda sudah di pelawa/dijemput oleh tuan rumah... (macam tak ikhlas pun ada jugak). 

Adakalanya kita perlu menimbang dan menilai kembali akan adab dan tatasusila menerima dan menjemput tetamu untuk datang bertandang ke majlis kita..jangan hanya nak tangkap muat dan fikir singkat dan senang aje dengan anggapan seseorang itu akan memahami dan menerima jemputan kita secara bulat2 melalui sms dan email.  Kalau jemputan rumah terbuka atau sambutan hari jadi takpelah jugak nak menjemput guna email dan sms ..... ini jemputan perkahwinan....tak tahulah pulak kalau-kalau si pengantin tu nak kahwin berkali-kali lagi lepas ni.....

Dan setahu saya bukan ke setiap tetamu yang datang itu akan mendoakan akan kesejahteraan dan kebahagiaan kita sepanjang hayat bersama pasangan masing-masing.

p/s: Pelik jugak kalau ada kalangan ahli keluarga yang menjemput ahli saudara sendiri ke perkahwinan dengan menggunakan email dan sms tanpa mahu berjumpa face to face ....konon dah advance sangatlah tu...ke perasan diri dah kaya?  

Thursday, July 19, 2012

Kahwin Muda??


Assalammualaikum....

Bukan mempertikaikan tapi sekadar berkongsi pendapat dan cerita akan kebaikan dan keburukan berkahwin di awal usia. Kalau tanya saya... "MESTILAH SERONOK KAHWIN" tetapi persoalannya... 

Di sini ingin saya kongsikan artikel menarik melalui sesi pembacaan saya baru-baru ini...


Thank You Mr & Mrs Gugel

Perlukah Kita BerkahwinDi Usia Muda?

Pelajar-pelajar universiti kini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’.

Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.

Pertimbangkan untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.

Pandangan Masyarakat?

Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin.

Sudah pasti ada perkara yang buruk berlaku membuatkan mereka terdorong untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa yang singkat. Itu suara-suara sumbang yang biasa kedengaran tetapi yakinlah jika niat itu baik maka Allah akan mudahkan. Lagipun, selama mana mereka mampu mengata. Takkan selamanya jadi biarkan sahaja. Teruskan dengan niat yang murni kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar.


Mampukah Bahagia ?

Sebenarnya, usia tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan.


Friday, July 06, 2012

Kasih Hingga Ke Syurga....


Assalammualaikum...

Gambar Hiasan Ehsan Google

Perkahwinan dalam Islam adalah satu ikatan suci antara lelaki dan wanita yang memang dituntut dalam ajaran Islam. Suami isteri dianugerahkan rasa kasih dan sayang serta belas kasihan seperti mana termaktub di dalam Al-Quran.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan akan kekuasaan serta rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. 

Namun begitu, kadang-kadang dalam melayari kehidupan rumah tangga terdapat beberapa faktor atau sebab pasangan suami isteri tidak dapat meneruskan perkahwinan mereka antaranya tiada persefahaman dan percanggahan pendapat seringkali menjadi topik utama  menjadi punca pertelingkahan di dalam sesuatu institusi kekeluargaan, maka Islam membenarkan berlakunya perceraian walaupun perkara tersebut sangat tidak disukai di dalam Islam. 

Sebijaknya setiap pasangan suami isteri lebih memahami dan menyelami hati dan perasaan pasangan masing-masing agar dapat mewujudkan suasana rumahtangga yang aman dan harmoni.

Perangkaan kes perceraian yang melibatkan pasangan muda memang amat tinggi sekarang akibat daripada sikap yang keras kepala, ego pada setiap pasangan suami isteri.  Kurangnya komunikasi di antara mereka juga menyebabkan isu pertelingkahan menjadi semakin merebak dari hari ke hari hingga tidak mampu untuk diselamatkan lagi.

Pasangan hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan bertolak ansur serta menanam sikap kesabaran dan pengorbanan paling tinggi dalam hubugan suami dan isteri.  Jangan sekadar mengikut kata hati, ego dan keras kepala masing-masing hingga menjadikan masalah terus-terusan berlarutan...

p/s: peringatan untuk diri sendiri....

Thursday, June 21, 2012

Runsingnya Nak Kahwin...


Assalammualaikum...


Thank you Google

Kalau tengok tajuk entri tu semua mesti tertanya-tanya "apasal pulak saya ni.... bukan ke saya dah kahwin? Nak runsing apa lagi?".....  

Sebenarnya kawan-kawan bukan saya yang nak kahwin tu..tapi hanya mengutarakan rasa dan kerisauan pada  sesetengah pengantin yang bakal menaiki pelaminan dalam masa tidak kiralah hujung minggu ni ke, beberapa minggu lagi ke atau beberapa bulan lagi... Perkara-perkara wajib sudah semestinya berlegar-legar dan bermain-main di dalam kepala otak pengantin dan menjadi igauan ngeri mereka hingga ada yagn tidak tidur malam dan hilang selera makan dengan memikirkan 1001 masalah selagi tak berlangsungnya perkahwinan tersebut.

Haaa..bukan senang nak kahwin tau!! Nampak aje benda remeh temeh tapi kalau dah nak dijadikan cerita mesti ada dugaan yang berlaku di saat-saat akhir dan sebelum tibanya hari langsung tersebut.

Kepala jadi berat, serabut dan adakalanya si pengantin rasa macam nak pitam disebabkan stress tahap melampau.  

AWAS!! jangan sampai memudaratkan kesihatan dan jiwa raga anda sudahlah.  Perancangan dan susunan serta pertolongan daripada saudara-mara dan ahli keluarga amat perlu dan pengantin tidak perlu menanggung permasalahan ini secara berseorangan sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada orang lain terutamanya dari keluarga dan kawan-kawan rapat.

Jangan mengambil sikap tunggu dan berlenggah dengan alasan perkahwinan anda lambat lagi ...tetapi sebaliknya lakukanlah iany dengan sedikit-sedikit terutama perkara utama terutamanya caterer, mak andam, pakaian, tok kadi, goodies dan segala macam ..at least yang kecik-kecil boleh di setelkan bila tiba masanya tiba nanti.

Jangan pulak bila tibanya hari bahagia pengantin pengsan tak sedarkan diri atau muka kusam runsing tak tentu hala sampaikan senyum pun dah tak boleh dah.

Lagi entri mengenai edisi perkahwinan boleh didapati dengan hanya menekan SINI

Thursday, January 05, 2012

"Kenapa Tak Kahwin?"

"Bila Nak Kahwin?" 
"Kenapa Tak Kahwin-Kahwin Lagi Ni?" 
"Bila Lagi Kau Nak Bina Masjid?"


Soalan cepu mas...pada adik-adik yang belum berumahtanga tu mesti rasa bagai nak sepak dan cili aje mulut orang yang mengajukan soalan tersebut kan? Hehehehe...

Tetapi tahukah kita akan sebab dan permasalahan mereka-mereka ini yang menyebabkan mereka berkahwin lambat.

Antara sebab utama mestilah paling orang cakap "jodoh takde lagi"...atau "duit tak cukup lagi". Sedangkan antara sebab musabab utama yang kta perlu akur di dalam penyediaan untuk berumahtangga ni bukanlah sikit dan kecil-kecilan malahan ianya bagai nak 'pecah kepala' kalau kita memikirkannya.  

Antaranya of course $$ Kalau takde duit mana nak jalannye kerja kenduri kendara ni. mana nak bayar duit sewa pakaian pengantin, mak andam pelamin, kadi, katerer, barang hantaran, barangan kemas alang-alang kalau takat RM10,000 nak buat majlis kahwin alamat telan air liur ajelah si pasangan pengantin tu.

Kos barangan serta gubahan hantaran aje dah mahal melambung, mana nak beli cincin kahwin, cincin tunang, beg tangan, set alat solek, kasut, set barangan kemas dan gegula manisan penyeri hantaran, bunga telur dan door gift untuk tetamu (itu aje dah mencecah beribu ringgit).  Itu tak termasuk pulak duit hantaran kahwin yang ada tu mencecah sampai RM10K-20K (itu bagi seorang anak gadis yang berkelulusan Ijajah (Ijazah) pertama tak termasuk artis dan kenamaan atau yang sewaktu dengannya) mesti dah harga melambung-lambung tinggi.

Majlis kahwin nak buat dekat rumah pun dah mencecah RM15K inikan pulak pada mereka yang nak buat dekat Dewan dan Hotel paling pun kena sediakan dalam RM50K.  

Lepas tu bukan habis takat tu aje, lepas kahwin mereka perlu jugak memikirkan nak beli rumah, kereta dan sebagainya.  Takkan nak berpusu-pusu duduk dirumah mertuakan? mesti ada tu yang mahukan privasi duduk berdua "honeymoon" di rumah sendiri dah $$ lagi tu.

TINGGI kan harga nak mendirikan perkahwinan zaman sekarang?  Kalau buat kecil-kecilan dikatanya kahwin koboi pulak dan kalau buat besar-besaran katanya nak menunjuk-nunjuk pulak. 

Macam manalah kawan-kawan kita ni ada yang tak kahwin-kahwin lagi......hailah nasib badan.

Seelok-eloknya kita perlu ada perancangan dan memandangkan kos perkahwinan semakin hari semakin naik tetapi itu bukanlah alasan bagi melewatkan perkahwinan.  Anda serta ibubapa haruslah berbincang dengan lebih terperinci tanpa berhutang dan memeningkan kepala sesudah habis kenduri kelak.

Tuesday, December 27, 2011

Realiti atau Impian

Assalammualaikum,

Baca megazin sini cerita pasal orang dapat anugerah Datuk, baca pulak suratkhabar sini orang dapat anugerah Datuk jugak,  seronok jugak ye, senang aje rasanya tup tup dah bergelar Datuk dan Datin.  

Agaknya fesyen dan trend sekarang "mereka-mereka" ni mencari pasangan dengan orang yang mempunyai harta dan sentiasa mengejar status dan berimpikan sesuatu yang sungguh materialistik untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Terbaca lah pulak saya akan statement seorang hamba Allah ni dulu-dulu bagi statement dengan press alasan dengan perkahwinan dulu tidak serasi dan tiada persefahaman, TAPI bila sekarang dah kahwin baru, pandai pulak cerita sana sini kata "kepercayaan dan kejujuran adalah aspek utama dalam kebahagiaan rumahtangga" apa dulu dia kahwin tak bahagia ke? serasa saya dah beranak pinak dengan perkahwinan yang dulu bukan sikit tapi berderet-deret. 

Agak-agaklah sebab pasangan sekarang dah berstatus dan berpengaruh sebab tu la 'dia' tetiba pandai sangat urus rumahtangga dan berbahagia si samping pasangan.

Dunia oh Dunia.

Friday, December 23, 2011

Jangan Pandang Rendah

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".  Sesungguhnya kesengsaraan dan kesedihan hati mereka, tiada siapa yang tahu. Kita hanya mampu memandang dan melihat akan kesedihan yang mereka tonjolkan tetapi tidak mampu untuk memberikan kegembiraan pada mereka.

Saya respek pada golongan ibu tunggal yang mampu mendidik anak-anak mereka hingga berjaya menjadi seorang yang berguna.  Zaman sekarang  terdapat berapa ramai ibu tunggal berjaya mengiktiraf kehidupan mereka serta taraf hidup antaranya menjadi seorang usahawan berjaya, wanita cekal dan ibu cemerlang yagn berjaya mendidik anak-anak menjadi bangsa yang berguna.

Sesungguhnya bukan ini yang mereka pinta, dan jangan menyalahkan sebelah pihak sahaja, Sebagai ibu tunggal, mereka bukan sahaja mempunyai niat yang tulus, optimis, jelas hala tuju malahan perlu ada strategi untuk memperbaharui bagi menghadapi tuntutan hidup.  Faktor dalaman ini amat penting dalam memastikan jatuh bangun mereka selain dari faktor luaran bagaimana mereka perlu mencorakkan masa depan.

Sesungguhnya status sebagai ibu tunggal menjadi igauan bagi semua wanita yang telah berkahwin, kerana apabila terjadinya sesuatu konflik di dalam hubungan suami isteri dan hubungan tersebut tidak dapat diselamatkan lagi maka perpisahan adalah jalan yang diambil bagi melangsaikan penyelesaian.

Terdapat banyak Pro dan Kons (positif atau negatif) kepada seseorang individu tersebut.  Ada sesetengah masyarakat yang suka memandang mereka dengan menghina, menyindir, mencerca dan konspirasi yang sedikit sebanyak akan mengundang kepada tekanan (stress) dan kemurungan (depression).

Semua ini akan dapat di atasi jika kita sentiasa hidup dalam masyarakat yang saling hormat menghormati akan hak asasi individu terbabit.  Walhasilnya jangan pandang rendah pada mereka tetapi berikan kata-kata semangat yang membina agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain.

Thursday, December 15, 2011

Suami Dambaan Isteri


Setiap wanita yang telah berumahtangga dan akan berumahtangga sentiasa berdoa agar dianugerahkan seorang suami yang baik dan mampu menjaga keluarga selama-lamanya. Baik dari sudut agama mahupun hal-hal dunia, suami ini tidak cepat melatah untuk menangani apa sahaja masalah yang timbul.

Selain menyenangkan, suami juga diharap menjadi pembantu yang baik dalam rumah tangga. Pastinya satu bonus yang sangat bermakna apabila isteri benar-benar dipasangkan dengan suami sebegini. Jalinan rumah tangga lebih bahagia dan diberkati oleh-Nya. 

Selain dari itu terdapat lagi beberapa ciri yang amat diperlukan oleh seorang wanita dan menjadi bonus bagi kami semua jika sang suami mampu untuk melakukan perkara antaranya:-

  • Matang membuat keputusan - sanggup memikul tanggungjawab yagn besar
  • Pakar dalam banyak perkara -sebut aje apa bendanya semua akan diberikan jawapan walaupun adakalanya jawapan itu bukanlah setepat mana pun...nak impress punya pasal. Tapi jangan hanya cakap kosong aje.
  • Bantu uruskan anak-anak - sentiasa berkongsi tangungjawab dalam menguruskan anak-anak
  • Tegas dan berpendirian - tegas di dalam setiap pegangan hidup maka isteri dan anak-anak akan sentiasa respek keputusan anda.
  • Ringan tulang - sekali sekala membantu isteri di dapur dan mengemas rumahtangga akan mengeratkan lagi kasih sayang isteri
  • Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat - memastikan syariat islam di ambil kira dalam kehidupan seharian dan memberikan tunjuk ajar serta bimbingan agama.
Secara rumusan sebarang krisis harus diselesaikan dengan baik. Kepada para isteri fahami keadaan yang dilalui suami ini, anda juga harus berubah. Lakukanlah sesuatu agar cinta kekal di hatinya. Kepada suami pula jangan terlalu mengikut perasaan anda. Fikirkanlah tentang keluarga yang telah anda bina selama ini.

Sepakat membawa berkat!

Insyallah.....

Wednesday, November 16, 2011

Macam-macam Boleh Jadi


Menjadi tanda tanya dalam diri saya.........Bagaimana la pulak gamaknya sesebuah pernikahan atau sesebuah perkahwinan itu hanya diraikan/meraikan seorang pengantin aje sedangkan sepatutnya kena berdua duduk dipelaminan dan diraikan oleh semua saudara-mara, sahabat handai.



Dunia oh dunia, semuanya boleh berlaku dan terjadi pabila kita mempunyai duit.  Ada duit tak naik pelamin bersama pun takpe janji hati puas dan kehidupan terjamin seumur hidup.  Jangan pulak orang mengatakan yang kita berkahwin hanya berlandaskan WANG semata-mata.  Selamat Pengantin Baru dan kekal hingga ke anak cucu.

Untuk mengetahui SIAPAkah yang saya maksudkan itu..sila klik SINI dan SINI

Sumber oleh Ohbulan dan cthoney.blogspot.com


Monday, October 10, 2011

Wiken Yang Bizi

Assalammualaikum semua...

Selamat sejahtera kita ketemu lagi di hari Isnin ini. Semoga hari ini menjadi hari yang terbaik bagi anda semua.

Seperti yang telah anda ketahui hujung minggu baru ni kami sekeluarga memang agak bizi mengendalikan majlis perkahwinan kazen saya di Setapak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik-baik sekali. Terima kasih juga pada ahli keluarga yang lain kerana turut membantu membanting tenaga bagi menjayakan majlis ini. Walaupun penat macam nak patah pinggang tapi keseronokan dapat bersama-sama keluarga sekali sekala berkumpul memang agak terasa dan meriah.


Tahniah saya ucapkan pada pasangan Noradibah Haripin dan Mohd Fadhil Nawawi semoga kalian kekal hingga ke anak cucu.


Skop tugas memang tak payah nak ceritalah kalau dah namanya kenduri kahwin dan memasak makanan sendiri memanglah kecah dan bizi.. Dari bab memotong, menggoreng, membungkus dan membasuh semua kami laki bini balun..kalah orang nak kahwinkan anak pulak. Yelah kami buat bukan apa, tak naklah orang mengata kami pemalas dan datang ke majlis semata-mata nak mencantikkan diri aje tanpa melakukan apa-apa tugas. Tak sedaplah gitu kan? Jadi sebaiknya kami lakukanlah tugas ikut kemampuan kami. Dua harilah saya tak mengendahkan anak-anak saya kerana mereka saya tinggalkan di rumah emak. Takut nanti kami tak terlayan kerenah mereka bila di sana terutama lil pwincess so kenalah tinggal... Malam baru kami balik itupun setelah merasakan semuanya beres. Jadi hari ini merupakan hari cuti 'gantian' kerja kuat dua hari sudah. (yelah tu macam dapat cuti percuma bila tolong orang kahwin)....

Alhamdulillah semuanya selamat dan majlis berakhir pada jam 6:00 petang semalam. Pheww!!!! Penat seyyy...

Buat tatapan, saya tak ambil banyak gambar di depan atau pengantin sebab dah namanya penangah maka kenalah buat dan duduk terperap di dapur aje. Insyaallah kalau ada gambar pengantin saya posting ye.

Selamat Bertugas semua...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 01, 2011

I Do. . .

Assalammualaikum,

Hari minggu kini kembali, Syawal telah melabuhkan tirai beberapa hari yang lepas dan kini saya pasti ramai di antara anda yang tengah sibuk menguruskan perkahwinan ataupun menerima jemputan bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara mara terdekat atau sahabat taulan yang dikenali.

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada kalian. Selamat menempuhi alam rumahtangga. Semoga kalian berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu.

Sebelum itu saya kongsikan bersama klip video ini buat tatapan semua. Selamat Berhujung Minggu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...