Thursday, January 12, 2012

Aduyai Anakku....Apa ada pada Nama

Membaca entri IBU GEBU baru-baru ini yang ada menyenaraikan nama-nama yang sering diganggu oleh jin atau dalam kata lain "sedikit keras" agak mengejutkan saya yang nama anak perempuan saya ada tersenarai di dalam senarai berkenaan.


Nak kata anak perempuan saya tu setakat ini mengalami benda-benda yang kurang elok tu memang tidak saya nafikan memang ada terutamanya semasa dia kecik-kecik dulu dan sekarang pun kalau pergi bercuti atau ke tempat-tempat yang kurang selesa dia akan melalui suatu perubahan yang agak kurang menyelesakan kita semua kerana apabila pulang sahaja kerumah nanti beliau akan sentiasa meragam, menangis dan demam hingga berminggu-minggu tidak mengira waktu.  Tetapi itu semua kuasa Allah seeloknya kita sebagai hambanya tidak terlalu taksub akan perkara atau kejadian tersebut dan adakalanya perlu juga kita mempercayai akan kewujudan benda-benda halus ini yang mana ianya tidak dapat kita lihat dengan mata kasar bak kata orang tua-tua "hanya orang tertentu aje yang dapat melihat akan hijabnya serta kanak-kanak dapat melihat dan merasainya". 


Selepas ini harus saya dan seluruh keluarga menukar panggilan nama beliau kepada yang lain nasib baik ada alternatif nama lain juga, bak kata IBU GEBU tak perlu menukar nama hingga perlu ke JPN tetapi cukuplah sekadar memanggil nama beliau dengan nama lain dan BUKAN nama seperti yang disenaraikan di dalam senaraian nama pesakit itu.


Pada kawan-kawan yang ingin mengetahui apakah nama lain yang termasuk dalam senaraian itu silalah klik di SINI untuk mendapt lebih gambaran.

8 comments:

Unknown said...

salam kenal dan follow :)

oh ye,sekarang kita dah jadi jiran :)

http://www.akumad.com/2012/01/jiran-baru-aku.html

RamRamCute said...

terima kasih @Aku Mad, Salam kenal :-)

Fiza Rahman said...

Saya baru tahu. Kena tukar nama panggilan lain lah klo mcm tu kan.

Anonymous said...

seyes?? anak sepupu syieda nama nur ainul balqis..tapi naseb baek kitorang panggil die kakak.. =.=

thanks tuk info ni akak.. =.=

Reena Sidek said...

Semoga akak, anak akak dan keluarga akak di jauhi dr perkara yg tak baik...

Aziela said...

Anak sy pun dulu2 disuruh tukar berkali2. Tp kita kena yakin nama yg kita pilih utk anak kita adalah baik maksudnya.... Insyaallah...

Razif Redz said...

salam ukhwah .... tq kongsi entri ni

fizafantagiro said...

Harap2 anak akak sentiasa dlm perlindungannya .. betul tu kak .. ari tu dgr ustaz dlm TV9 pun ada ckp , kalau nama anak tak elok , ubah nama panggilan jer .. sebab panggilan kita hari2 tu ada maksudnya , dan blh menjadi doa ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...