Wednesday, October 05, 2011

Kata-Kata Pujian Idaman Suami....

1. "Awak membuatkan saya rasa sungguh selamat..."

Suami akan berasa sungguh terhormat apabila dia dapat memeberikan perlindungan kepada orang yang dicintainya. Memang menjadi lumrah kaum Adam sejak azali lagi melindungi wanita sehingga ada yang sanggup mati demi kekasih yang dicintainya. Jadi, biarkan si suami tahu pengorbanannya benar-benar dihargai dan bererti bagi anda.


2. " Abang ada keluarga yang sangat baik dan kawan-kawan yang begitu menghormati saya"

Agak pelik untuk meluahkan perkara ini tapi ia memang penting sebenarnya. Secara psikologi menunjukkan rasa simpati atau kasih sayang terhadap keluarga suami adalah satu perkara yang amat membuatkan suami bahagia.

Tindakan anda itu membuatkan suami tahu yang anda menerimanya seadanya. Begitu juga dengan rakan-rakannya. Kepandaian anda bercampur dan menghormati rakan suami membuatkan suami bangga dan pasti tidak perlu mencari alasan untuk tidak mengajak anda ke majlis perjumpaan semula teman lama sekolah atau universiti. Bukankah ianya suatu yang baik?


3. "Apa yang saya boleh buat tanpa awak?"

Suami memang ingin selalu rasa diri mereka diperlukan. Mengapa? sebab dia sanggup membela anda bersungguh-sungguh pada hal yang menyakiti anda di pejabat atau apa saja. Inilah masanya anda membalas tindakan suami dengan menyatakan kepadanya kalimah "Sayang", apa yang saya boleh buat tanpa abang?" memang ianya akan menampakkan anda lemah di hadapannya dan sekaligus ungkapkan terima kasih yang tulus ikhlas kerana kesudiannya menjadi teman hidup anda dalam suka dan duka.


4. "Abang memang boleh buat!"

Suami memang suka dipuji dalam hal yang berkaitan dengan bakat mereka. Terutama apabila mereka berjaya melakukan atau menyiapkan sesuatu tugasan yang kecil umpama membaiki paip air yang rosak atau sinki yang tersumbat.


5. "Sayang, saya suka begini..."

Tengok suami anda jenis yang macam mana. Kalau mendapat suami yang semulajadi bersikap romantis anda memang beruntung. Tetapi jika sebaliknya anda masih boleh membuatkan dia menjadi romantis dengan anda. Suami yang serius tidak bermakna dia langsung tidak romantis. Adakalanya dia akan bersikap romantis dan masa beginilah si isteri perlu membalas romantis dengan ungkapan "Sayang, saya suka begini".

5 comments:

Aziela said...

Ha..memang kan. Cuma intonasi jer berbeza...hehehehe

RamRamCute said...

hihihi...betul betul betul

Ce'gu JAERA said...

doa2 kan lah saya bakal jadi suami kepada isteri yang baik2 kelak.. ehehe

terima kasih Ramlah..

khatgrafik said...

Romantis nye.. :)

RamRamCute said...

Gen2merah: Insyaallah semoga ketemu ye.
Khatgrafik: bukanke sebegitu yg perlu diterapkan untuk melahirkan keluarga penyayang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...