Friday, April 19, 2013

Keek 'ers...


Assalammualaikum...

Zaman teknologi canggih kini terdapat pelbagai dan bermacam-macam jenis laman sosial yang ada di alam maya kini.

Terkini "KEEK" menjadi suatu trend bagi mereka yang suka nak mencuba benda yang baru.  

Anda pula macam mana? Dah ada akaun dan dah pernah menggunakannya? Saya baru nak mencuba ni hah..al-maklumlah tak pandai lagi....



Apr 11, 2013 | by ramramcute on Keek.com





Apr 13, 2013 | by ramramcute on Keek.com


Salam Jumaat Semua!!

Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday #72


Assalammualaikum...

Gambar Hiasan Semata Dari Gugel

Mode: KE LAUT memanjang aje 2-3 hari ni sebabkan kerja 
yang menimbun-nimbun tak reti nak surut...
HUARGHHHHHH!!! 
Tensen tensen..

Nak berBLOGging pun takde mood dah!

Kepala pun dah naik berputar, pening dah dekat dua minggu 
pakai selendang ala-ala Dato' CT ...

Sunday, April 14, 2013

7 Tahun Sudah Kita Bersama


Assalammualaikum...

Usia perkenalan bagi sesetengah orang haruslah digambarkan dan diraikan pada setiap kali ketibaan ulangtahunnya.

Pelbagai memori menarik samaada suka dan duka dapat dikongsikan bersama-sama serta tempat untuk meluahkan segala duka nestapa, suka dan gembira, geram dan benci tak kira sesiapa. 

Terima kasih Whitey Mommy kerana sudi mendesignkan blog saya secomel ini

Kini usia blog saya ini semakin hari semakin meningkat dan setelah bersama-sama dengannya selama tujuh (7) tahun pelbagai cerita, tips serta maklumat dan memori indah bukan sahaja dapat dikongsikan bersama-sama pembaca lain malahan daripada niat asal ingin membuat blog berupa peribadi menjadi tatapan umum pulak hingga ke hari ini.

Alhamdulillah walaupun blog ini tidak begitu BOMBASTIC dan WELL KNOWN seperti blog-blog terkenal lain tetapi intipatinya boleh dibaca dan dikongsikan pada pelbagai usia tak kira muda tua kecik dan besar.

7 Tahun Bersama............
Kini saya berbangga mempunyai rakan-rakan blogger yang sungguh baik hati, sporting dan sudi bertukar-tukar pendapat mereka menerusi maya ini untuk turut sama mengembangkan ilmu, info terkini dan ilmu-ilmu menarik buat semua.

Terima kasih semua dan semoga kalian semua sentiasa di rahmati dan di berkati.


Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday # 71


Assalammualaikum...

Beberapa hari keadaan cuaca agak sedikit mendung since pagi hari...

GLOOMY DAY

Gugel

Mode:  Kemalasan di tahap maximum

xoxo

Tuesday, April 09, 2013

Kini Si Dia Lebih Menghiburkan...


Assalammualaikum....


Menginjak ke angka enam (6) bulan, Nur Aizaara Adilla kini telah menunjukkan prestasi yang sungguh dan amat mengagumkan malahan dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana kita yang mengalaminya. 


Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas selain mendengar jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah.


Seronok jugak bermain-main dengan anak-anak tu kerana kadang-kadang rasa macam diri ini remaja semula jugak.



Monday, April 08, 2013

Selamat Hari Jadi En Habiku...

Assalammualaikum...

Nak post up entri ni tapi dah terlambat, sebabnya birthday tuan punya badannya pun iaitu En Habi ialah pada hari Khamis yang lalu.

Apapun inilah sahaja yang sempat saya sediakan untuk suami tercinta eventhough beliau sibuk dengan kerja dan tugasan harian beliau tetapi tetap setia dan sudi meluangkan masa bersama-sama kami menyambut hari jadi beliau...

Maaflah gambar sambutan kami tak sempat nak ambil sebab saya sibuk menjaga anak kecil yang sibuk nak berdukung sana sini... Tiada siapa yang sudi ambilkan gambar sebab masing masing sibuk.... Huhuhu.. Jadilah "better than nothing"!

Terima kasih juga pada Shuhaida sebab sudi menerima tempahan cake yang comel lagi cantik ni... Kami sayang nak makan sebab comel sangat dan sedap.

To En Habi "Happy Birthday To You!! No matter how and no matter what we will always ❤❤❤ you".



Maafkan Saya....

Assalammualaikum semua....

Owh!! kembali menerjah blog saya yang sudah beberapa hari tidak di sentuh dan diterjah gara-gara dengan kesibukan tugasan dan mood berblogging yang agak ke LAUT lately ni...

Ntah apalah nak jadi dengan saya ni..sekejap semangat berkobar-kobar membara bagai api terbakar...sekejapan terus kusam, muram dan suam-suam kuku aje (bukan artis suam-suam kuku ye)..

Begitu payah nak memotivasikan diri menitipkan entri-entri menarik di sini tapi yelah bukan senang nak bercerita saban hari nak kasi orang dengar dan tahu apa kita buat..nak susun ayat aje dah payah...huhuhu...

Maafkan saya ye kawan-kawan semua...sememangnya hari ISNIN ini memang TERsangatlah BLUES!!

Apa pun selamat bertugas dan...................

Eh!!! kenapa Didie Alias tu??? Eh! kenapa Rozita Che Wan tu pakai skirt pendek sangat eh! kenapa Aaron Aziz tu pakai seluar senteng? dan Eh!! kenapa Tasha Shila ni super duper excited nak bagi hadiah kat orang?? Yang penting .............Suka hati doranglah...

Anda semua menonton ABPBH?? Apa komen anda?


Thursday, April 04, 2013

Hari Graduasi

Assalammualaikum..

Tahniah buat adik iparku Muhammad Nazif yang baru sahaja selesai menamatkan sesi graduasi beliau semalam yang berlangsung di Politeknik Sultan Ungku Omar, Ipoh Perak.




Semoga terus sukses dan berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.


Wednesday, April 03, 2013

Pertandingan Fotografi 'Finding Europe in Malaysia'


Assalammualaikum...

Pada anda yang berminat bolehlah mencuba ye...


Wordless Wednesday #70


Assalammualaikum...


Rabu tiada kata-kata..



Mode: 

Tension sebab call Customer Service Celcom dari pagi tak dapat-dapat... Apa semua staff dorang sibuk nak pilihanraya jugak ke??

Monday, April 01, 2013

Karting Lagi.. Tahniah Abang!!


Assalammualaikum...

Memulakan hari di pagi Isnin ini yang mana saya pasti ramai yang melakukan pelbagai aktiviti menarik wiken baru-baru ini.

Sekolah telah bermula dan semua ibu bapa pun dah back to normal routine life mode berkejar-kejaran dan yang pastinya  sesi berkejar-kejaran tu memang selalu terjadi pada saya suami isteri tak kiralah cuti sekolah ke atau tak cuti sekolah ...yang pasti sama aje kami ni...

Bagaimana wiken anda semua baru ini? Pasti seronok dengn mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yagn berfaedah bukan? Kami sekeluarga biasalah..setiap minggu mesti berkampung di Shah Alam bagi melihat anak-anak saya yang sibuk melakukan aktiviti latihan go kart mereka.



Bz mengalahkan nak masuk F1 pulak kami ni?  Tapi takpelah asalkan anak-anak happy selalu.

March melabuhkan tirai semalam di mana anak-anak saya menghadapi sesi tournament bulanan anjuran kelab go kart mereka yang berlangsung di Shah Alam International Kart Circuit.

Alhamdulillah...prestasi anak-anak semakin hari semakin baik dan hopefully mereka akan terus memantapkan lagi skill dan masa terbaik mereka. 


Semalam sahaja si Abang berjaya mendapatkan tempat ketiga dengan mencatatkan masa sebanyak 1:10kmj manakala si Adik pula hanya dapat mengumpulkan masa terpantas beliau sebanyak 1:15kmj.  Walaupun beza adik jauh berbanding abang tapi azam mereka tetap sama mereka mahu memantapkan lagi prestasi masa terpantas mereka hingga ke 1:00kmj.  Insyaallah mereka boleh.





Tahniah pada Abang..hopefully next week dah boleh test di litar Sepang pulak dengan "kart" baru mereka yang telah siap.


Pheww!! penat sungguh ngalahkan jadi gadis litar...lepas tu balik rumah PENGSAN ngalahkan racing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...