Monday, October 28, 2013

Semakin Ramai Yang Celik IT


TAHUKAH ANDA??
 
Gugel
 
Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.

Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia merupakan pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.

Menurut laporan itu, Malaysia merupakan antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.

Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit.

6 comments:

Qashmere said...

Ini lah kemudahan masa kini. Jangan salah guna sudah. Sebab zaman sekarang takot kanak-kanak muda mudi ni salah guna

Farah Waheda Wahid said...

celik it itu memang penting kak, tapi yang penting jangan disalahgunakan... ^_^

Salwa said...

Shopping online pun kena berpada-pada. Hehe.

RamRamCute said...

@Qashmere

betul tu...setuju sangat! mereka ni dah ada kemudahan terlebih bijak la pulak..hihihi

RamRamCute said...

@Farah Waheda Wahid

betul Farah.

RamRamCute said...

@Salwa

terlalu taksub sgt bershopping online hingga terbabas bagi detail kredit kad pd mereka2 yang tidak bertanggungjawab...pernah berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...