Thursday, August 30, 2012

Adab Menjemput Biarlah Ikhlas....


Assalammualaikum....

Masih dalam mood syawal dan ada juga pasangan yang tengah sibuk menguruskan majlis pertunangan dan ada juga pernikahan dan persandingan di bulan-bulan syawal ni...

Zaman teknologi canggih sekarang tak perlu bersusah payah menggila-gila menguruskan persandingan, pertunangan atau pernikahan kerana semuanya boleh diuruskan oleh jururunding yang telah di tentukan hanya wang dan tema aje yang perlu di berikan untuk mendapatkan apa yang diingini oleh pengantin.

Tetapi yang tak sedapnya ada juga pasangan yang mengambil sikap mudah dan tidak menitik beratkan hal kekeluargaan hingga ada yang menjemput saudara-mara atau ahli keluarga terdekat dengan hanya menggunakan jemputan secara online email, sms  dan telefon aje dengan alasan sibuk menguruskan persiapan perkahwinan.... ????????

Mewar-warkan akan perihal perkahwinan tu bukan ke elok dan di tuntut dalam islam...tetapi islam tidak menyuruh kita memilih bulu dan orang untuk siapa dan tidak datang bertandang atau menjadi tetamu jemputan anda malah jauh sekali dari sifat riak dan suka menunjuk siapa paling hebat dan gah menjadi raja sehari atau siapa bakal menantu kita itu (somebody kedato', tan sri, datuk paduka.....mati sama juga masuk dalam kubur kan....)

Yang menghairankan lagi bila dah pengantin sibuk nak kahwin takkanlah emak bapak pengantin tu pun sibuk juga dan tak mampu nak bertandang menjemput mulut tetamu-tetamu jemputan.  Jikalau mewakilkan orang lain dan tidak berapa nak mengenali tu tak mengapa... ini dah menjadi ahli keluarga dan darah daging tetapi masih boleh mengambil sikap remeh dan temeh tanpa mengira adab dan sopan.

Mana hilangnya adab dan warisan yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dahulu.  Takkan hanya menganggap dengna menghantar email dan sms jemputan perkahwinan menandakan anda sudah di pelawa/dijemput oleh tuan rumah... (macam tak ikhlas pun ada jugak). 

Adakalanya kita perlu menimbang dan menilai kembali akan adab dan tatasusila menerima dan menjemput tetamu untuk datang bertandang ke majlis kita..jangan hanya nak tangkap muat dan fikir singkat dan senang aje dengan anggapan seseorang itu akan memahami dan menerima jemputan kita secara bulat2 melalui sms dan email.  Kalau jemputan rumah terbuka atau sambutan hari jadi takpelah jugak nak menjemput guna email dan sms ..... ini jemputan perkahwinan....tak tahulah pulak kalau-kalau si pengantin tu nak kahwin berkali-kali lagi lepas ni.....

Dan setahu saya bukan ke setiap tetamu yang datang itu akan mendoakan akan kesejahteraan dan kebahagiaan kita sepanjang hayat bersama pasangan masing-masing.

p/s: Pelik jugak kalau ada kalangan ahli keluarga yang menjemput ahli saudara sendiri ke perkahwinan dengan menggunakan email dan sms tanpa mahu berjumpa face to face ....konon dah advance sangatlah tu...ke perasan diri dah kaya?  

5 comments:

Izwa Kamaruddin said...

pakai fb je?okey mmg tak pegi laa...

ayut said...

:) klu family dan saudara dekat mmg tak nice la pkai email or fb or pape je teknologi...lg klu masih ada mak ayah...kalau saudara dekat better face to face...

Mak Lin said...

Datang sini dari segmen Blogger Aktif #2 : Ogos hingga Disember 2012 Kak Mia!

Salam Perkenalan

http://suzlinazreena.blogspot.com/

(^_____________^)

Aziela said...

Memangggg tak senonoh jemput orang2 tua dan sanak saudara pakai fb dan sms jer. At least call, boleh tanya2 khabar, cerita panjang2 sikit sebab rumah jauh sangat. Kalau rumah sebelah pun main fon jer, sok2 anak dia kawen, bagi 'sumbangan' tolak kredit fon jer..ha, baru sesuwaii.

Ce'gu JAERA said...

betull.. kalau setakat jemput FB, memang lah ramai org tak datang.. mcm ikhlas pun ada kan.. ehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...