Monday, October 10, 2011

Wiken Yang Bizi

Assalammualaikum semua...

Selamat sejahtera kita ketemu lagi di hari Isnin ini. Semoga hari ini menjadi hari yang terbaik bagi anda semua.

Seperti yang telah anda ketahui hujung minggu baru ni kami sekeluarga memang agak bizi mengendalikan majlis perkahwinan kazen saya di Setapak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik-baik sekali. Terima kasih juga pada ahli keluarga yang lain kerana turut membantu membanting tenaga bagi menjayakan majlis ini. Walaupun penat macam nak patah pinggang tapi keseronokan dapat bersama-sama keluarga sekali sekala berkumpul memang agak terasa dan meriah.


Tahniah saya ucapkan pada pasangan Noradibah Haripin dan Mohd Fadhil Nawawi semoga kalian kekal hingga ke anak cucu.


Skop tugas memang tak payah nak ceritalah kalau dah namanya kenduri kahwin dan memasak makanan sendiri memanglah kecah dan bizi.. Dari bab memotong, menggoreng, membungkus dan membasuh semua kami laki bini balun..kalah orang nak kahwinkan anak pulak. Yelah kami buat bukan apa, tak naklah orang mengata kami pemalas dan datang ke majlis semata-mata nak mencantikkan diri aje tanpa melakukan apa-apa tugas. Tak sedaplah gitu kan? Jadi sebaiknya kami lakukanlah tugas ikut kemampuan kami. Dua harilah saya tak mengendahkan anak-anak saya kerana mereka saya tinggalkan di rumah emak. Takut nanti kami tak terlayan kerenah mereka bila di sana terutama lil pwincess so kenalah tinggal... Malam baru kami balik itupun setelah merasakan semuanya beres. Jadi hari ini merupakan hari cuti 'gantian' kerja kuat dua hari sudah. (yelah tu macam dapat cuti percuma bila tolong orang kahwin)....

Alhamdulillah semuanya selamat dan majlis berakhir pada jam 6:00 petang semalam. Pheww!!!! Penat seyyy...

Buat tatapan, saya tak ambil banyak gambar di depan atau pengantin sebab dah namanya penangah maka kenalah buat dan duduk terperap di dapur aje. Insyaallah kalau ada gambar pengantin saya posting ye.

Selamat Bertugas semua...


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

Aziela said...

Adoii.... baca jer pun dah rasa mcm nak demam. Yang bertungkus lumus tu entah macam manalah rasanya yer. Rehat cukup2 wak...

RamRamCute said...

Yelah awak dh nak demam dah.. Badan lenguh-lenguh kalah kahwinkan anak sendiri. Tobattt!! Klau anak-anak kita nak kahwin suruh ajelah katering. Nak mati dibuatnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...