Tuesday, October 04, 2011

Kahwin Dulu-Dulu vs Kahwin Sekarang

DULU

1. Kahwin dulu-dulu satu kampung / taman sibuk berkampung membahagikan tugas masing-masing apa yang perlu dibuat ketika majlis berlangsung.

2. Kahwin dulu-dulu seminggu sebelum nak langsung tu pengantin perempuan dah sibuk tak boleh keluar rumah, bukan apa kena jaga seri pengantin nak kasi naik katanya seri tu almaklumlah "darah manis".

3. Pengantin dulu-dulu, upah mak andam siap ada pantang larang dan petua, ada tu siap baling kain baju pengantin perempuan atas atap rumah pengantin nak kasi jangan hujan turun katanya.

4. Mak Andam dulu-dulu lebih banyak dipelopori oleh kaum Hawa.

5. Kahwin dulu-dulu, banyak persalinan baju kena pakai oleh pengantin perempuan time malam berinai, habis pun dekat 7-10 pasang bajulah mewakili semua negeri / negara.

6. Kahwin dulu-dulu mak andam makeup muka pengantin perempuan 'Mak Oiii..." naik takut tengok setebal alam.

7. Kahwin dulu-dulu sedara mara, suku sakat semua bertandang tidur dirumah pengantin dari 3 hari sebelum nak hari langsung untuk tolong-menolong keluarga pengantin memasak dan mengemas rumah.

8. Kahwin dulu-dulu lauk pauk masa hari langsung standard mesti ada udang galah, daging, ayam golek, timun, telur dsbg.

9. Hantaran kahwin dulu-dulu semuanya standard mesti ada Sirih junjung, Kuih-muih, gula-gula, pulut kuning, set persalinan, set wangian, kasut, beg tangan dsbg.

10. Pakaian pengantin dulu-dulu, sama aje satu pesen kaler pun ala-ala tak menarik, material kain pun songket aje pun dulu takde banyak choice...

11. Pengantin dulu-dulu ambil gambar, kalau korang perasan yang lelaki mesti ada pakai spek mata hitam nak kasi kover muka gabra, pose untuk bergambar pun balik-balik atas katil, peluk-peluk, tenung sesama sendiri, golek-golek atas katil dan macam-macam lah lepas tu atas pelamin pun ala-ala malu-malu kucing gitew..nak pandang pun segan-segan takut luak. Makan adab-adab pun sungguh bersopan lagi bukak mulut pun sikit-sikit aje umpama macam makan tak lalu je.

12. Pengantin dulu-dulu lepas sanding orang semua dah balik, sibuk turun ke dapur basuh periuk belanga tolong jiran tetanga.

13. Gambar kahwin dulu-dulu takat boleh cuci dan frame kan ikut size besar aje. takde soft copy. Album kahwin nya pun maaakkk aiii tebal giler...

14. Hadiah untuk pengantin dulu-dulu mesti standard tak set pingan mangkuk mesti set cadar comforter atau barangan elekrik.

15. Pengantin dulu-dulu lepas kahwin mesti cuti sampai dua tiga minggu campur tolak bahagi nak pegi bulan madu katakan..


SEKARANG

1. Kahwin zaman sekarang, tak payah susah-susah, dah ada caterer yang boleh membantu, sediakan ajelah duit.

2. Kahwin sekarang, pengantin perempuan esok nak langsung boleh lagi keluar rumah carik barang beli kat pasaraya ke shopping kompleks ke sebab ada kelengkapan yang tak cukup.

3. Kahwin sekarang, takde sangat dah rasanya mak andam nak campak-campak kain baju atas rumah buat membiak nyamuk aedes aje air bertakung.

4. Mak Andam sekarang, banyak juga dipelopori oleh golongan Adam.

5. Kahwin sekarang, malam berinai dah tak pakai sangat baju-baju dari negara korea ke, jepun ke, india ke, cukup sekadar pakai 2-3 pasang baju sudahlah.

6. Kahwin sekarang, Mak Andam/Pak Andam make up ala-ala gitew katanya "naturel' kasi nampak seri perempuan tu yang azali.

7. Kahwin sekarang, saudara mara, suku-sakat dah jarang nak tidur di rumah pengantin, alasan rumah dekat aje boleh datang pagi-pagi menolong atau sanggup tidur dihotel kerana tak mahu berebut bilik mandi nanti.

8. Kahwin sekarang lauk pengantin lagi advance ada tu siap makan ala-ala western lagik.

9. Hantaran kahwin sekarang kemain advance siap antar GPS, Henfon, PSP, iPad, Komputer, Cake bentuk beg tangan, x-box dan macam-macam lagilah.

10. Pakaian pengantin sekarang bukan main lagi berlabuci, kaler-kaler, panjang berjela-jela, ada tu siap letak pearl lagi..agak-agak kalau boleh letak berlian diletaknya berlian, siap lepas kahwin tu boleh letak baju dalam Muzium Negara lagi (oopppsss...over la saya ni), material kain pulak semestinya beli dari obersee lagi lembut dan menarik pada badan si pemakai.

11. Pengantin sekarang semakin sempoi, atas pelamin siap berborak lagi dengan pasangan, gelak siap kuat-kuat boleh dengar lagi orang kat bawah, senyum sampai ke telinga lagi. kalau bab makan adab tu bukan main lagi bukak mulut nganga besar-besar takde segan silu dah. Kalau tang ambil gambar tu tak yah cakap lah..lelaki perempuan sama aje duduk kangkang sana sini..lompat sana sini, masuk semak belukar bagai, sungai basah kuyup baju pengantin pun takpe..janji siap bergambar hehehhe..........

12. Pengantin sekarang periuk belanga dah tak payah basuh dah semuanya dah dibereskan oleh penanggah atau pihak katerer je...lepas sanding terus duduk tengok TV atau borak-borak dengan kawan-kawan.

13. Gambar kahwin sekarang ni boleh di upload buat soft copy dan diabadikan didalam pelbagai pesen ikut suka.

14. Hadiah pengantin sekarang ada tu siap-siap dah bagi barangan kelengkapan baby dah, batu lesunglah, tiket penerbangan bercutilah dan macam-macam lagi.

15. Pengantin sekarang cuti kahwin ikut sempoi aje ada tu 3 hari lepas sanding dah masuk kerja balik (alasan banyak kerja) lepas tu boleh sambung cuti balik.

5 comments:

Andre R. Nasution said...

sangat informative.. and so true..
truly agree..

:)

Kancil 8349 said...

nampak sangat perbezaan...dulu dan sekarang

Kekzamanis said...

Yezza!Dulu lain, skrang lain..Begitulah perubahan zaman..

LubLy said...

entry akak wat lebly tgelak sorg2..kihkih

RamRamCute said...

@LubLy

hihihi...kalau nak dihitung memang banyak sangat2 bezanya lubly tapi yang penting semuanya dah selamat kan... take care! Thanks Ziarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...