Friday, July 06, 2012

Kasih Hingga Ke Syurga....


Assalammualaikum...

Gambar Hiasan Ehsan Google

Perkahwinan dalam Islam adalah satu ikatan suci antara lelaki dan wanita yang memang dituntut dalam ajaran Islam. Suami isteri dianugerahkan rasa kasih dan sayang serta belas kasihan seperti mana termaktub di dalam Al-Quran.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan akan kekuasaan serta rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. 

Namun begitu, kadang-kadang dalam melayari kehidupan rumah tangga terdapat beberapa faktor atau sebab pasangan suami isteri tidak dapat meneruskan perkahwinan mereka antaranya tiada persefahaman dan percanggahan pendapat seringkali menjadi topik utama  menjadi punca pertelingkahan di dalam sesuatu institusi kekeluargaan, maka Islam membenarkan berlakunya perceraian walaupun perkara tersebut sangat tidak disukai di dalam Islam. 

Sebijaknya setiap pasangan suami isteri lebih memahami dan menyelami hati dan perasaan pasangan masing-masing agar dapat mewujudkan suasana rumahtangga yang aman dan harmoni.

Perangkaan kes perceraian yang melibatkan pasangan muda memang amat tinggi sekarang akibat daripada sikap yang keras kepala, ego pada setiap pasangan suami isteri.  Kurangnya komunikasi di antara mereka juga menyebabkan isu pertelingkahan menjadi semakin merebak dari hari ke hari hingga tidak mampu untuk diselamatkan lagi.

Pasangan hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan bertolak ansur serta menanam sikap kesabaran dan pengorbanan paling tinggi dalam hubugan suami dan isteri.  Jangan sekadar mengikut kata hati, ego dan keras kepala masing-masing hingga menjadikan masalah terus-terusan berlarutan...

p/s: peringatan untuk diri sendiri....

5 comments:

maszull said...

assalamualaikum rahmah...kena ada sikap bertolak ansur tiada pertengkaran barulah rumahtangga aman ...:)

Noor Atikah Ramli said...

alaaa..rase nk kawen skrg la cmnie. hahaha

TiranaAduka said...

salam......
Singgah pagi.....
Salam kenal dari tirana..
maaf kehadiran tanpa diundang....
selaku blogger baru di alam maya ini..
ronda pagi mencari informasi

salam kenal sekali lagi...

mak encik | SZ said...

salam kak rahmah ...
begitulah hidup berumahtangga,
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri kan ...

ZieMarziah said...

suami dan isteri perlu sentiasa bertolak ansur.buang ego jauh2 sbb ego 2 yg menyebabkan masalah kecil mnjadi besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...