Setiap wanita yang telah berumahtangga dan akan berumahtangga sentiasa berdoa agar dianugerahkan seorang suami yang baik dan mampu menjaga keluarga selama-lamanya. Baik dari sudut agama mahupun hal-hal dunia, suami ini tidak cepat melatah untuk menangani apa sahaja masalah yang timbul.
Selain menyenangkan, suami juga diharap menjadi pembantu yang baik dalam rumah tangga. Pastinya satu bonus yang sangat bermakna apabila isteri benar-benar dipasangkan dengan suami sebegini. Jalinan rumah tangga lebih bahagia dan diberkati oleh-Nya.
Selain dari itu terdapat lagi beberapa ciri yang amat diperlukan oleh seorang wanita dan menjadi bonus bagi kami semua jika sang suami mampu untuk melakukan perkara antaranya:-
- Matang membuat keputusan - sanggup memikul tanggungjawab yagn besar
- Pakar dalam banyak perkara -sebut aje apa bendanya semua akan diberikan jawapan walaupun adakalanya jawapan itu bukanlah setepat mana pun...nak impress punya pasal. Tapi jangan hanya cakap kosong aje.
- Bantu uruskan anak-anak - sentiasa berkongsi tangungjawab dalam menguruskan anak-anak
- Tegas dan berpendirian - tegas di dalam setiap pegangan hidup maka isteri dan anak-anak akan sentiasa respek keputusan anda.
- Ringan tulang - sekali sekala membantu isteri di dapur dan mengemas rumahtangga akan mengeratkan lagi kasih sayang isteri
- Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat - memastikan syariat islam di ambil kira dalam kehidupan seharian dan memberikan tunjuk ajar serta bimbingan agama.
Secara rumusan sebarang krisis harus diselesaikan dengan baik. Kepada para isteri fahami keadaan yang dilalui suami ini, anda juga harus berubah. Lakukanlah sesuatu agar cinta kekal di hatinya. Kepada suami pula jangan terlalu mengikut perasaan anda. Fikirkanlah tentang keluarga yang telah anda bina selama ini.
Sepakat membawa berkat!
Insyallah.....
5 comments:
yup..sepakat membawa berkat..
Kena saling memahami.
Betul lah semua tu :)
isteri yg perfect tu.. :)
Hihihi..dapat memenuhi citarasa pada salah satu ciri di atas pun dah kira Alhamdulillah betul tak? :)
Post a Comment