Friday, August 26, 2011

Dah Sudah!! Kenapalah Tak Cakap Awal-Awal...



Larangan jual Seven Colour Crystal Ball

25/08/2011 3:49pm

PUTRAJAYA 25 Ogos - Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan “seeds growing kits” yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuat kuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya, berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan. - Bernama

p/s: Nampak gayanya kenalah saya membuang semua jeli-jeli berkaler koleksi saya selepas ini...

5 comments:

biela bell said...

oo mak aii..nasib bell xde..huhu

RamRamCute said...

yelah Cik Bell, dah beli-beli nak cantik last-last diHARAMkan la pulak...huhuhu..tapi takpelah bahaya juga pada kanak-kanak ni. :)

Selamat Hari Raya Cik Bell

Aziela said...

Cantik dan mudah...tak yah siram air tetiap hari kan Cik Mah. Dah haram la pulak...

RamRamCute said...

betul tu awak..sangat sesuai dengan orang-orang seperti saya yg MALAS ini...huhuhu...

Yob Aidil said...

Jangan lepeh ni jutaria n monopolypon kene banned sudah le.

rumah2, cursor2 yg ade dlm set tu pon kecik n budak2 suke pegang heheheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...