Thursday, August 04, 2011

Untuk Makluman

Alhamdulillah rasa kesyukuran ingin saya pnjatkan kepadaMU Ya Allah kerana sudi memperkenankan doa-doa kami serta rasa kasih dan sayang kami kepada adik ipar saya yang baru-baru ini terlibat di dalam kemalangan jalanraya (Rujuk ENTRI LEPAS).

Beliau kini telah beransur pulih dan sedar sepenuhnya dan telahpun dipindahkan ke wad biasa semalam. Keadaan beliau semakin pulih cuma beliau perlu membuat latihan pernafasan selalu bagi mengembang serta mengaktifkan paru-paru beliau seperti sediakala. Walaupun nampak begitu payah tetapi demi semangat dan doa yang kami sekerluarga, sahabat handai panjatkan setiap hari agar beliau kembali pulih membuatkan beliau begitu gigih berusaha.

Semoga beliau pulih sepenuhnya dan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa.

Terima kasih pada yang mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYA.

4 comments:

Aziela said...

Alhamdulillah..... Dia adalah seorang yang tabah dan mungkin juga berkat doa anak-anaknya.

Rahmah Ram Ram said...

Alhamdulillah awak ..perkembangan yang begitu memuaskan. Cepat dan kuat semangat dia. Demi anak-anak dia.

Kaki Wayang said...

Alhamdulillah baguslah..semoga senantiasa sihat..

Suhami Ahmad said...

semoga pulih seperti sediakala...amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...