Apa khabar anda semua pada hari ini?? Bagaimana puasa anda hari ini? Harap semuanya ok...
Erm... Pastinya anda semua terfikir-fikir apa yang hendak dibuat juadah ketika berbuka kan? Yang penting elakkan pembaziran ye....
Hari ini saya balik awal... Bukan pukul 4:30 atau pukul 4:00 tetapi pukul 12:00 tengahari...
KENAPA??
Haaa... Kalau nak tau sebabnya adalah kerana kebocoran gas pada saluran penghawa dingin yang telah tercemar keseluruh bangunan tempat saya bekerja iaitu di Enterprise 4, Taman Teknologi Malaysia.
Sikit punyalah berduyun-duyun orang (tenant) berkumpul diluar bagi menyelamatkan diri dan terdapat beberapa buah kereta bomba dan polis berada disekitar kawasan bangunan bagi memantau tahap keseriusan pencemaran gas tersebut yang akhirnya menyebabkan seluruh operasi syarikat didalam bangunan tersebut terpaksa ditutup.
Harap-harapnya semua akan kembali seperti sediakala esok banyak sungguh aktiviti saya yang tertangguh gamaknya akibat dari pemcemaran gas ini... Phew!!! Dugaan dibulan Ramadhan...
Yang seronoknya dapatlah saya pulang awal pada permulaan ramadhan ni... Seronok!!
Gambar-gambar yang saya ambil semasa kejadian
Artikel dari myMetro pada 2hb Ogos 2011
3,000 kalut hidu racun anai-anai
KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 kakitangan beberapa syarikat yang berpejabat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, di sini, terpaksa mengosongkan bangunan pejabat setinggi lima tingkat selepas terhidu gas racun serangga, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kakitangan yang baru tiba untuk memulakan tugas terkejut apabila sukar bernafas selain mata pedih akibat terhidu gas yang dikeluarkan cecair kimia yang digunakan untuk menghapuskan anai-anai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shaari Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 9.52 pagi sebelum tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
Beliau berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dan Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek bersama 28 anggota tiba di tempat kejadian untuk kerja pencegahan awal.
Menurutnya, kebocoran gas berpunca daripada bahan kimia digunakan untuk menghapuskan anai-anai yang meruap lalu menghasilkan gas sebelum tersebar ke udara.
Katanya, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek turut dikejarkan ke tempat kejadian sejurus mendapati indeks kandungan gas sekitar tempat kejadian meningkat.
“Pasukan Hazmat yang tiba di tempat kejadian kemudian memindahkan bahan kimia itu menggunakan alat khas bagi mengeluarkan gas dari bangunan berkenaan.
“Keadaan dikawal kira-kira dua jam kemudian dan disahkan selamat untuk digunakan semula kakitangan seperti biasa,” katanya.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua kakitangan dibenarkan memasuki semula bangunan kira-kira jam 1 tengah hari.
- Posted using BlogPress from my iPad
1 comments:
Hari nie masuk Utusan la berita nie...hehehhe...
Post a Comment