Assalamualaikum dan selamat berbuka semua...
Tiap-tiap menjelangnya hari raya mesti korang selalu dengar soalan "Apa tema kaler baju korang tahun ni?"
Erm... Rasanya tema kaler baju memang begitu sinonim dengan masyarakat melayu terutama ketika merayakan hari raya. Pastinya setiap yang telah berkeluarga akan memilih tema kaler baju mereka agar tampil sama dan sedondon antara satu sama lain.
Pada yang mereka yang berkapel dan bertunang juga masih tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama bergaya sedondon ketika syawal barulah sehati sejiwa.
Seronok rasanya apabila melihat sesebuah keluarga itu sepakat memakai pakaian yang sama kaler dan corak. Tambah semarak lagi apabila ahli keluarga yang ramai memakai pakaian yang sama kaler dan corak datang berkunjung kerumah-rumah untuk berhari raya.
Begitulah keunikan dan meriahnya berhari raya.
Kawan-kawan bagaimana pula?
- Posted using BlogPress from my iPhone
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment