Assalammualaikum...
Alhamdulillah..menerusi entri saya yang lepas, saya ada menerima beberapa komen dari rakan blogger lain yang memohon untuk saya kongsikan resepi membuat Puding Roti Karamel yang saya panggil Puding Limpahan Kemanisan (KLIK)
So, pada kali ini saya nak bercerita sedikit resepi yang saya gunakan untuk menyediakan puding ini. Kalau Cik Mat gebu dengar mesti dia gelak sebab saya baru nak buat, DIA? ntah khatam dah banyak kali dah...(dan for those yang selalu masak senang aje kan? Pejam mata pun dah siap) tapi bagi yang baru nak buat (macam saya) tu cubalah mana tau menjadi pulak lepas ni...dapat dihidang ketika berbuka dan makan bersama keluarga tercinta...hikhikhik (over lak).
Seperti biasa Bahan-bahan yang saya gunakan :-
Roti Gardenia Butter Scotch 10 keping
(saya guna roti Gardenia Butter Scotch)atau roti apa-apa pun boleh...ikut kesesuaian anda). Tetapi sebaik-baiknya gunalah roti butter, sedap sikit rasanya ada lemak-lemak.
Susu Ideal Penuh Krim 2 cawan
Whip Cream 2 cawan
Gula 1 cawan
Telur 6 biji
Esen Vanila 1 sudu
Butter 4 sudu
Hiasan bahagian atas (topping)
Sedikit Kismis
Serbuk Kayu Manis 1 sudu
Chocolate Chip 1 sudu
Brown Sugar 1 sudu
Cara-cara nak membuatnya pulak:
Sapukan butter pada bekas pembakar
Kemudian anda susunkan roti di dalam bekas pembakar
Tuangkan bancuhan seperti susu, krim, gula, esen vanila, telur yang telah dipukul tadi
Biarkan roti kembang selama satu jam
Taburkan kismis, chocolate chip, serbuk kayu manis dan brown sugar (semua ditaburkan di atas bancuhan yang telah kembang tadi)
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius dan bakar selama 35 minit (agak-agak kalau dah masak tu tutup ajelah api)
Untuk membuat Sos Krim (Karamel) pulak :-
Cara-caranya
Panaskan satu liter susu penuh krim.
Gula mengikut manis
Apabila sudah mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut kepekatan.
Tuangkan 1 sudu esen vanila
Kacau sehingga halus dan pekat
Angkat dan sejukkan didalam peti ais
Tips:
Untuk menyedapkan lagi puding roti anda...kalau rasa-rasa nak nampak berselera hidangkanlah bersama dengan strawberi dan cranberries...sedap punya..YUMMIES!! Anak-anak saya sukalah makanan yang penuh dengan kemanisan ni..bila dah makan mesti tak HENGAT!!
Selamat Mencuba!!
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment