Thursday, March 07, 2013

Tak Semestinya Kacak dan Cantik Kot!!




Assalammualaikum....

Mungkin ramai orang percaya bahawa jika seseorang individu itu ingin mendapatkan pasangan untuk bercinta, maka ciri-ciri yang diperlukan mestilah kurus dan tidak berbadan gempal.  BETUL TAK?? 

Pendapat saya, apa maknanya bagi mereka yang berwajah cantik dan mmepunyai kekacakan muka jika hati tidak secantik dalamannya. Malah tidak mampu menjadi insan yang sabar, bertolak ansur, penyayang, ikhlas, berbudi pekerti dan menghormati orang lain.

Pinjam dari Gugel je

Jangan terlalu taksub menilai seseorang itu dengan bentuk badan dan rupa paras yang dimilikinya. Walaupun ada di kalangan mereka mempunyai rupa paras menarik namun belum tentu ia boleh memberi jaminan kebahagiaan kepada pasangannya. Begitu juga dengan individu yang berwajah sederhana, tidak bermakna mereka tidak mampu membahagiakan pasangan mereka.

Semua orang ingin cantik dan kacak, semua orang ingin kelihatan menarik, semua orang juga ingin dipandang hebat, namun hati-hati jangan sampai maruah sendiri dipandang murah oleh orang sekeliling. Cuba isi masa lapang dengan membaca majalah-majalah yang mempunyai informasi tentang pergaulan serta buku yang mampu mematangkan minda kita.

5 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Cantik, kacak belum tentu menjamin kebahagiaan....
Biarlah buruk dimata, jangan buruk dihati..
Tak guna berpasangan cantik dan kacak kalau hati tak reti nak jaga.... =D

RamRamCute said...

@AyueJean AJ

Memang betul tu AJ. Kalau sibuk nak cari pasangan cantik/kacak tapi hati tak tenang pun susah jugak kan...

Izwa Kamaruddin said...

betul...

Lynn said...

Setuju..
Tapi kalau ada semua..it's bonus..

Aziela said...

Cantik dan kacak subjektif. Setiap individu memandang cantik pada aspek berbeza. Ada yang kata gemuk itu sangat cantik, macam dalam novel My Girl tu kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...