Assalammualaikum...
Dalam begitu galak membuat persiapan menjelangnya raya, Pejam, celik, pejam, celik tak lama lagi (8 hari) maka akan kedengaranlah Takbir Raya memuji kebesaran Allah menandakan berakhirnya ramadhan dan munculnya syawal berkumandang memecah segenap alam.
Ketika semua umat islam bertasbih dan bertahmid memuji Allah selepas terbenamnya matahari akhir ramadhan, TAHUKAH ANDA bahawa ahli-ahli kubur yang mendengarnya merintih dan menangis.
Imam Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, Ali Sarbini menjelaskan merujuk kepada kitab Mattlaul Badroin penghuni kubur akan merasa gembira bila mendengar kedatangan Ramadhan.
Ini kerana segala penyeksaan yang dilalui akan dihentikan kerama kemuliaan Ramadhan.
"Itu sebabnya, kadang-kadang bila takbir, mereka akan tersinggung, orang-orang ini (ahli kubur) akan menangis kerana mereka akan menerima seksaan semula sebaik sahaja tamatnya Ramadhan.
"Lantas elok pada petang hari raya untuk kita bacakan ayat Kursi, Al-Fatihah dan Yasin serta berdoa dengan berada di kepala kubur dan sedekahkan kepada mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita,"katanya sambil menambah semoga dengan itu roh mereka tenang berada di alam sana.
Menurut beliau Hari Raya Puasa merupakan perayaan keagamaan dan mesti ditunaikan dengan puasa Ramadhan terlebih dahulu. Orang yang tidak dapat berpuasa boleh membayar dan ganti (qada) pada hari kedua (qadar) selain berzakat sebagaimana amalan biasa.
Ziarah ke kubur ibu bapa atau sanak saudara terdekat pada petang hari akhir puasa untuk menghadiahkan al-Fatihah, Yasin dan doa kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah juga dituntut.
"Antara lain bagi meraikannya adalah dengan memaikai pakaian baru dan ia menjadi satu nafkah daripada suami kepada isteri dan menutup aurat itu adalah pasti. Seterusnya menziarahi fakir miskin.
"Kesilapannya, pada hari raya kanak-kanak semata-mata berniat untuk mencari duit raya. Hakikatnya, konsep ziarah adalah dengan sebenar-benar ziarah dan bukannya kedatangan itu hanya menunggu duit raya. Malah ada yang membuka sampul duit tersebut di hadapan tuan rumah," tegas beliau.
Lantas harapan Ali, setelah melaksanakan pelbagai ibadah pada bulan Ramadhan, maka digalakan agar dapat diteruskan semangat atau momentum ibadah itu selepas hari raya dan seterusnya.
Apatah lagi, islam menganggap bulan puasa sebagai sekolah atau universiti untuk latihan. Ramadhan mendidik untuk meninggalkan perkara yang haram.
Pada masa yang sama, beliau mengajak umat Islam meneruskan pelbagai ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadhan.
"Contohnya Islam menganjurkan puasa sunat enam Syawal. Tidak logik kalau ada orang yang beranggapan habis sahaja puasa dia hendak makan semahu-mahunya.
"Malah mengerjakan solat terawih juga akan meninggalkan saki baki kesan dalam diri kita untuk kita meneruskan amalan sunat seperti solat rawatib dan qiamullail.
"Tidak kurang juga dalam kewajipan melunaskan zakat fitrah. Apatah lagi diketahui bahawa bulan puasa adalah bulan berkasih sayang, saling membantu dan bulan yang banyak mengajar erti perpaduan," kata Ali.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
13 hours ago
1 comments:
https://konsultasisyariah.com/23019-siksa-kubur-dihentikan-di-bulan-ramadhan.html
Post a Comment