Assalamualaikum semua...
Hari Raya bakal menjelang tiba dan Ramadhan bakal berlalu pergi disaat-saat begini kenangan apakah dan siapakah yang paling anda rindui dan kenangi?
Bercerita tentang SAYA?
Waktu-waktu begini orang yang paling saya RINDUI ialah BAPA saya sendiri "Arwah Abdul Mutalib bin Ahmad". Saya panggil beliau dengan panggilan ABAH. Bila time menjelang raya Abah akan sentiasa sibuk dalam membantu kami mengemas rumah, mengecat rumah, memasang langsir, membetulkan lampu-lampu di rumah, membasuh porch rumah, mengilatkan perkakas tembaga, cuci toilet bak kata semua perkaralah Abah selaraskan dengan begitu semangat dan perihatin hingga adakalanya kami (emak, kakak dan saya) takut nak duduk dan bersepah lepas aje dia mengemas, kerana keadaan rumah kami memang sungguh berbeza masa tu, berkilat-kilat dan bersih semuanya.
Boleh dikatakan Abah meringankan tugasan emak dan kami berdua beradik dalam bab mengemas rumah (Abah saya seorang yang rajin, pembersih dan ringan tulang). Dia seorang yang sungguh cerewet dalam bab kebersihan semuanya kena wangi, bersih dan teratur. Mungkin kerana didikan beliau maka saya sedikit sebanyak adalah mewarisi perangai beliau. Saya gemarkan suasana bersih, wangi dan teratur dan sungguh BENCIkan kekotoran, bersepah dsb.
Abah juga akan membantu emak didapur bila tiba sehari menjelang raya. Time tu Abah menjadi seorang yang sibuk bukan aje mengemas bahkan membantu emak didapur. Abah akan memastikan kayu api mencukupi dan memasangnya untuk membakar lemang, ketupat dan rendang. Emak saya pula cuma tahu letak dan masak sahaja, bab-bab pembersihan dan sebagainya semua dilakukan dan dibereskan oleh Abah.
Malam Rayanya pula Abah akan sibuk berkunjung dari rumah ke rumah untuk melakukan Takbir Hari Raya hinggalah ke pukul 12 malam. Keesokannya beliau sibuk di dapur membantu emak menyediakan juadah minum pagi kami sebelum beliau dan kami sekeluarga menunaikan solat sunat Hari Raya.
Abahlah orang yang begitu sibuk melayan tetamu yang hadir berkunjung dan mulut beliau yang rama dan mesra dengan semua orang menyebabkan beliau amat disenangi di kawasan perumahan kami itu.
Tetapi itu semua 14 tahun yang lalu...kenangan lampau ketika menjelang raya dan hari-hari biasa kami bersama Abah begitu syahdu mengetuk hati dan minda ini sehingga tidak mampu untuk kami melupakan beliau walau sedetik pun. Ingatan terhadap Abah masih segar dan kami seolah-olah merasakan Abah sentiasa disisi kami memerhati dan melindungi kami. Emaklah orang yang paling terasa akan kehilangan Abah kerana mereka berdua MEMANG pasangan yang amat rapat, kemana sahaja emak pergi mesti ada Abah dan kemana sahaja Abah pergi mesti ada Emak. Hanya waktu bekerja sahaja yang memisahkan mereka selain dari itu mereka memang sentiasa bersama walau kemana mereka berada.
Semoga Allah mencucuri roh Abah dan sentiasa berada dikalangan orang-orang yang beriman. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah di SANA. KAMI SAYANG ABAH!!
(Break....)
Bercerita tentang Pengalaman/Memori saya menjelang Raya?
Erm...mesti semua orang akan cakap kebanyakkan memori mereka adalah semasa kecil, begitu jugak dengan saya.
Sebabnya bila dah besar-besar, umur dah meningkat remaja time tu sibuk nak berboifren, berkasih-sayang asyik ingat orang yang tersayang aje..sampaikan raya pun tak rasa macam raya umpama makan tak kenyang tidur tak basah..henfon asyik kat tangan aje berSMS..hehehhe..tapi bila dan berkahwin, time raya sibuk nak menyediakan kelengkapan pasangan masing-masing pulak, ada tu sampai bergaduh pun ada nak berebut turn nak balik ke kampung halaman masing-masing. Dah tu bila ada anak-anak sibuk pulak melayan anak-anak punya kelengkapan daripada rambut sampailah ke kaki. Bila dah umur melangkah kealam "Warga Emas" pula, raya dah tak rasa sangat sebabnya amal dan ibadat pula sibuk dihitung dan waktu tu yang penting Hari Raya hanya untuk melihat anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit berkumpul di rumah, makan bersama dengan keluarga.
Time kanak-kanak semestinya ENJOY kerana semestinya kanak-kanak akan diperkenalkan dengan permainan bunga api, mercun dsb. Tapi masa time saya kecik, saya selalu pulang kekampung nenek (sebelah Abah) untuk berbuka boleh dikatakan dalam sebulan mesti 2-3 kali balik rumah 'Wan' dan malam raya mesti balik rumah Wan sebab time nilah nak lumba-lumba meriam buluh siapa yang paling POWER. Lumba dengan kampung sebelah....BESTnyer...ditambah lagi dengan susunan pelita di sepanjang laman rumah kampung Wan yang luas dan panjang..WOW!! seronoknya.
Bukan aje takat main mercun dan bunga api, malah time tulah nak main kejar-kejar, sorok-sorok, konda-kondi dan semuanyalah selagi ada permainan selagi itulah nak main, sebab kalau hari biasa memang HARAM kena marah. hehehhee.....
Kalau time rayanya pulak memang KEWAJIPAN lepas sembahyang raya aje kami semua (kazen yang ramai) pergi serbu kerumah orang satu kampung nak kolek duit raya. Makan kuihnya tak nak janji tuan rumah tu jamu air pun dah OK nak nak kalau jamu air SIRAP, lagilah sedap memang PEBERET kami semua.
Duit Raya pulak time tu kalau dapat lima posen ok lagi tapi kalau dapat seringgit ke dua ringgit tu dah kira tuan rumah tu KAYA lah...sukalah dengan rumah tu dan akan masuk dalam SENARAI KAMI UNTUK RUMAH YANG AKAN KAMI KUNJUNGI TAHUN DEPANNYA (macam tu pun boleh ye?) tapi kalau zaman sekarang rasanya kalau kita bagi duit raya kat budak-budak lima posen mesti kena KUTUK kan? Mesti budak tu akan kata "Ish! tuan rumah ni KEDEKUTla". Serius, saya dah terkena. Kami berikan duit raya lima posen pada kanak-kanak yang datang bertakbir dirumah pada malam menjelang raya, tak tahu nak kasi apa pada kanak-kanak yang datang kami berilah duit raya, alih-alih dikatanya kami KEDEKUT! ceh, seb baik BAGI daripada tak bagi kan? budak-budak sekarang, DUIT RAYA lebih penting daripada keikhlasan.
SERONOKnya berhari raya semasa kecik.
Anda pula bagaimana? Mesti seronok kan?
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
13 hours ago
3 comments:
masa kecik2 la best raya..tpi dah besar nie..even dah jadi student IPT..kamilah harus diutamakan utk duit raya.haha..baru adil.kami pun nak pakai duit. :p
Aidilfitri sekarang dah tak macam dulu dah.. :'(
Cik Bell: Yelah kan seronok dapat kuih raya.
Belog MTT: Betul tu dulu-dulu meriah..
Post a Comment