Assalammualaikum semua...
Memang tak baik kalau asyik mengeluh aje..nak pulak tu time bulan ramadhan bulan yang mulia ni...saya bukanlah menentang pendapat itu dan saya mengakui memang ianya tidak baik kalau kita asyik mengeluh memanjang aje..umpama rezeki yang kita dapat tu macam tak berkat pun ada..tapi saya sebagai manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, tidak terdaya rasanya untuk menidakkan atau mengelak jauh-jauh perasaan itu.
Ceritanya Macam ni....
Seperti yang anda semua tahu bahawa saya akan meninggalkan pejabat/syarikat yang telah memberikan saya 1001 memori dan kenangan indah suka dan duka bersama rakan-rakan seperjuangan saya yang selama ini saya menimba pengalaman tanpa berbelah bahagi selama 7 tahun disini beberapa hari lagi (esok aje)..(BERHENTI bagi memulakan suatu fasa yang baru di dalam hidup saya) SEPATUTNYA.....Tetapi memandangkan tugasan yang semakin hari semakin banyak ini..umpama saya dapat rasakan yang saya tidak dapat pergi pada waktu yang telah ditetapkan...OH NO!!
Kenapalah bila time-time macam ni baru nak bagi kerja macam ni??...tidak sebulan, dua bulan atau 7 tahun yang lalu...tapi kenapa sekarang?? Erm....tetapi saya cuba berMUHASABAHkan diri ini.. MUNGKIN INI TAKDIR YANG TERSURAT DAN TERSIRAT untuk diri saya! kerana ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya...jadi secara tak langsung perkara yang saya tidak ingini terjadi di bulan mulia ini iaitu MENGELUH... itu ajelah yang saya mampu nak buat..nak marah-marah BOS sendiri tak ada gunanya.. buat habis beras aje...jadi lebih baiklah saya tenangkan diri dan menghabiskan tugasan-tugasan ini dengan sebaik mungkin. Lagipun kalau nak dikira BOS saya ni memanglah baik dan adakalanya beliau seorang yang AMAT MEMAHAMI....mungkin disebabkan terbitnya naluri ingin membantu disaat beliau amat memerlukan PEMBANTU membuatkan hati saya berbelah bahagi untuk menundakan atau menganjakkan tarikh akhir perkhidmatan saya di sini.
Saya percaya yang suatu hari nanti saya akan BERHENTI meninggalkan kawan-kawan serta bos saya apabila waktu yang dijanjikan telah tiba...MUNGKIN buat masa ini beliau memerlukan KHIDMAT saya lagi..jadi di bulan yang baik ini selalulah BERFIKIRAN POSITIF untuk berMUHASABAHkan diri. Seperti yang saya ceritakan tadi..mungkin ada hikmah disebaliknya..hanya DIA yang MAHA mengetahui.
Erm...planning yang agak menharu-birukan En Habi dengan keputusan yang agak mengejut dari saya ini...KESIAN EN. HABI...terpaksa menunggu saya sehingga hujung tahun untuk memulakan tugasan yang telah tersedia untuk saya.
Memang saya amat memerlukan SOKONGAN dan SEMANGAT dari beliau untuk meneruskan tugasan ini hingga menunggu hari dan waktunya TIBA..tambahan mind setting anda telah berubah dan separuh dari diri anda telah tiada di sini...tetapi Insyaallah..harinya akan tiba juga.
Sorry En. Habi...empat (4) bulan tak lama...sekejap aje...TUNGGU ye!
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
13 hours ago
2 comments:
Sangat memahami. Awak memang seorang yang sangat baik hati. Insyaallah ada hikmah yang besar di atas kesabaran awak. Lagipun, tiada sesiapa yang setanding dengan awak dalam kualiti hasil kerja. Itu sebab boss perlukan awak...
Awak..terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya yang TERBAIK. En. Habi tengah marah dan moody sejak beberapa hari ini kerana keputusan yang saya buat ini sedikit sebanyak menyukarkan dia..kerana dia terlalu berharap agar saya dapat membantu.
Tapi saya tak tau nak cakap apa dengan bos, dia memahami situasi saya tetapi dalam waktu sama dia memohon pertolongan saya buat kali terakhir sepanjang khidmat saya bersama dia...erm...BERAT sungguh. Tetapi kalau nak dihitung 4 bulan tu tak lama...hopefully semuanya settle on time. Insyaallah!
Post a Comment