Tuesday, August 09, 2011

Bila Anak-Anak Sudah Semakin Advance......

Assalammualaikum ...

Di dalam zaman teknologi serta dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang begitu canggih tidak memeranjatkan apabila seorang anak kecil (saya rasa kecil la tu)yang berumur 10 tahun, dalam diam telah memeranjatkan saya semalam dengan memberitahu bahawa beliau kini telah mempunyai sebuah BLOG. Malahan, beliau sendiri dengan rela dan suka hati memperkenalkan laman blog beliau kepada saya dan meminta agar saya memperkenalkan beliau dengan rakan blogger yang lain untuk mempromosikan laman blog beliau "sama macam mama" agar lebih dikenali dan katanya boleh berkongsi cerita dengan kawan-kawan lain (amboi advancenya)

Pendapat saya, pada umur beliau itu tidak hairanlah kalau beliau aktif berFACEBOOK atau berTWITTER tetapi tidaklah berBLOGging (sungguh amat TERPERANJAT) saya. Sungguhpun blog beliau masih baru dan tidak mempunyai "FOLLOWER" lagi tetapi saya cukup BANGGA dan TERKEJUTlah jugak yang beliau pandai berkarya, menulis, menaip mengikut rasa, kreativiti beliau sendiri...cerita pun bukanlah pasal isu semasa (budak kecik kan) cuma entri lebih kepada aktiviti beliau menjaga adik perempuan yang sibuk dikatakan "NAKAL" itu dan tak taulah apa-apa lagi entri beliau pada masa-masa akan datang...Pada yang sudi melihat hasil tulisan anak saya ini silalah lawati laman blog beliau yang dinamakan "My Super Duper Diary" (dashattt tak henggat)



Erm...PEMBAHARUAN yang begitu MEMBERANGSANGKAN..Erm..harap-harap jangan hanya celik IT Pelajaran pun mesti TIP TOP juga..untuk bekalan dimasa hadapan.

Good Luck Amirul!!

4 comments:

Kaki Wayang said...

Yeahhhh sudah ada kemajuan..Alhamdulillah...yang penting apesal dan gengcyber tu dah ada kat atas..perubahan yang cukup ketara...

wahida said...

fuyyyooo..cayalah...teruskan berblogging ye dik..
pelajaran jgn lupa lak..

nak singgah blog dia kejap...hehe..

Kaki Wayang said...

Mama leh tak send semula tips tu..ada kawan nak belajar jugak..

Aziela said...

Waaahh....pandainyaaa dia.. Bangga..bangga. Tumpang bangga jugak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...