Assalammualaikum semua...
Kedatangan aidilfitri memang dinanti-nantikan oleh semua. Kepada meraka yang bakal merayakan hari yang mulia ini, termasuklah saya pasti pelbagai persiapan telah dan sedang dibuat antaranya membeli pakaian baru, kuih-muih Hari Raya, barangan kemas atau ada separauh tu membeli barangan rumah seperti perabot baru menjelang Hari Raya.
Keterujaan dan kesibukan kita semua dalam mencari "kelengkapan' raya secara tak langsung membuatkan kita 'gila berbelanja' dan terlupa yang akhirnya menjerat diri sehingga ada diantaranya yang terpaksa menangung hutang akibat kehabisan wang.
Kalau boleh menjelangnya Aidilfitri ni semua hendak ditukar baru 'BETUL TAK'? Bab makanan pula sebolehnya tak nak sikit-sikit, kalau boleh penuh meja makan, semua juadah ingin dicuba dan dihidang tak kiralah semasa ramadan ataupun Hari Raya. Hinggakan akhirnya ia terpaksa dibuang kerana terlalu banyak dan tidak bermakan.
Jika kita renung-renungkan kita semua (termasuklah saya) telah tersimpang jauh daripada makna dalam kehidupan seharian dan juga meraikan hari kemenangan itu sendiri sekiranya sikap boros dan kuat berbelanja ikut nafsu tidak disekat sebagaimana yang dituntut oleh agama.
Perlu juga kita ingat bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebih atau melampaui batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya dari melakukan pembaziran dalam menyambut Hari Raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih-muih yang banyak.
Oleh itu, kawan-kawan semua rancanglah perbelanjaan anda. Masih sempat lagi pada yang belum membuat perbelanjaan. Senaraian keperluan adalah perlu bagi menjamin kita dari terlebih berbelanja. Pada mereka yang telah ter'over' bajet berbelanja untuk Hari Raya tahun ini, jadikan iktibar agar menjadi pengajaran dimasa hadapan.
Trak Transformer Boleh Bergerak Popular Di China
13 hours ago
6 comments:
tak payah tunggu raye skarang pon da pokai..sbab roadtax..lesen..bajet raye arghhh..sume dalam bulan yg same..hadui~~
akak pun sama si cantik sally...time time inilah road tax kereta mati...huargghhhh!!
Takut pokai....:) duit mengalir mcm air jer...
Blog ni dah tersenarai dalam Lulu-Pages.. :)
Blog ni dah tersenarai dalam Lulu-Pages.. :)
Terima kasih Cik Lulu...awak suka sangat buat akak terharu la... :)
Post a Comment